Klik untuk support

Thursday, September 19, 2013

Man Bai - Apa Sebenarnya


Assalamualaikum.salam Jumaat.Apa kabarkah korang semua?ini ada satu lagu lama dulu saya dengar.tapi hari ni baru teringat balik.macam mana bleh teringat balik?sebab ari tu dalam kelas mengajar budak budak tahun 5 jumpa peribahasa bagaikan embun di hujung rumput.dalam lagu ni pakai peribahasa tu..ok..enjoylah lagu ni..selamat..

Wednesday, July 31, 2013

Monoloque - Hari Raya Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tinggal lagi 7 hari nak raya.mestilah kita pegi mana-mana pun lagu raya je kan?sebenanya dari puasa yang 1st lagi dah ada makhluk yang pasang lagu raya..asyik-asyik layan lagu raya yang sama saja..memanglah orang cakap..kot mana pun lagu raya lama jugak yang best..apa salahnya kita beli peluang kat lagu baru..kalau nak ikutkan lagu raya siti nurhaliza ngan m nasir takdala lama sangat pun..kita semua je bajet buat-buat suka lagu lama..

ini ada satu lagu baru dari monoloque..macam best juge..monoloque ni selalu tang lirik la padu!

Sunday, February 17, 2013

The Ronettes - Be My Baby


Assalamualaikum dan salam sejahtera.apa kabarnya pujaan atiku?lama sudah tidak menulis blog.esok sekolah..tapi aku masih belum tidur.ni baru balik main lucky ball..rugi banyak..hahaha..jangan jadi macam saya..oklah.ini satu lagu saya dapat dari rancangan American Idol season paling latest..dengar macam best jadi saya google la sikit..maka saya harap anda semua pun akan berasa best mendengar lagu ini..dari The Ronette..terimalah..BE MY BABY!!!!bukan babi ya...tapi baby...

versi studio :



versi live :

Tuesday, October 9, 2012

Koleksi Lagu-lagu Playboy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sekian lama saya tak mengupdate blog sebab saya sudah takdak rasa nak mengupdate blog. Fikir-fikir balik saya terasa sayang pula..takkan nak biarkan begitu saja..walaupun berapa kerat saja yang baca blog saya.hehe..sekarang tengah LADAP.cikgu-cikgu tahulah..jadi saya pun bosan dengan ladap..maka saya terfikir nak update blog..

Berbalik pada tajuk post saya..saya terfikir lagu-lagu yang kalau kita dengar macam lagu sedih..kecewa bercinta..tapi bila tilik balik lirik dia..rupa-rupanya penyanyi lagu tu yang main kayu tiga..saya dapat detect ada beberapa lagu yang jenis macam tu..di sini saya letakkan la beberapa buah lagu yang menepati kriteria lagu-lagu orang yang main kayu tiga, curang atau apa saja term yang anda guna untuk menggambarkan orang yang tidak setia..mungkin anda sendiri pun melakukannya..bleh baca lirik dalam video tu lau tak caya..huhu..renung-renungkan dan selamat beramal..

UKAYS - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu..



"..kalau ku pilih di sini..apa kata di sana..."

Matta - Jatuh Cinta Lagi



"...aku jatuh cinta..kepada setiap wanita.."

Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu



"...Salahku mencintai..dirinya saat jauh ku terpisah darimu..."

UNGU - Demi Waktu



"..Maafkan aku..menduakan cintamu.."

Last but not least..inilah Lagu curang faveret aku..semangat aku cari solo dia..hahaha

Gersang - Suratan Takdir



"....Memang pernah ku berjanji..kau yang pertama dan terakhir..tetapi aku memungkiri..."

Friday, December 30, 2011

Hatiku Kekal Selamanya (Ni Dao Di Ai Shei) by Mus May ft Victor Lee



Assalamualaikum.apa kabar semua?Mus may kembali lagi.lagu yang sudah setahun tapi saya tak pernah dengar.ini pun dapat tau dari sorang kawan masa naik kereta beliau.dengar macam best dan untuk saya..sememangnya best.Lagu ini agak berbilang kaum.sebab mus dia duet dengan sorang penyanyi cina nama dia Victor Lee.Menggabungkan dua bahasa.untuk saya agak osem.mungkin mus may menyokong  agenda 1Malaysia PM kita.takda banyak cer..layan...

Sunday, November 13, 2011

Viva la Vida cover by Taylor Swift


gambo aku amek kt gugel imej

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya baru pulang dari sekolah!yearghh!!ini adalah kali pertama saya mengupdate blog ni langsung dari balik skolah dengan nametag masih tersemat di dada.Lagu ini mungkin sudah fofuler dan tak perlu diperkenalkan lagi. Pemilik asal adalah the awesome band Coldplay. Dicoverkan oleh Taylor Swift. Tak perlu buat penilaian dan perbandingan yang mana lebih awesome..Perkara yang biasa terjadi di yutiup..bila orang buat cover bukan bermaksud mereka nak lawan original artis..tapi sebagai satu penghormatan kepada artis tersebut kerana mungkin mereka begitu admire dengan artis tersebut..ok..marilah layan..zassssss!!!

p/s : saya pikir cover Taylor Swift lebih osem karena beliau adalah sungguh gojes!!!

Monday, November 7, 2011

Selamat Jalan by Lucy In The Loo


gambo diamek dari flickr

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekian lama saya tidak mengupdate blog saya atas kekangan masa dan rasa malas yang meluap-luap.

Thursday, October 6, 2011

Aerosmith - Crazy (piano version)


gambar diambil dari http://redriverpak.wordpress.com/2011/08/11/music-flashback-aerosmith/
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biasala..lau kita tengok di Yutiup..banyak orang wat cover lagu-lagu yang diorang suka..ada cover yang best..ada cover yang tak best..bergantung kepada orang tu sedar diri atau tidak..selalunya tidak..tapi takpa..mereka akan cakap..yutiup ni abah kau punya?lau bukan..jangan cakap banyak..lau tak suka..jangan tengok!takpelah..itulah kebebasan..lau betul-betul bagus mesti la recording company dah offer wat album kan?jadi ley layan syok sendiri dengan aplod video kat yutiup je la..ada rasional dia jugak kat situ..okeh...sekarang tiba masa untuk kita straight to the tajuk..lagu ni mungkin semua orang tau..dan tiba-tiba ada seorang manusia ini wat cover instrumental piano untuk lagu ni..serius best..sesuai time nak layan perasaan sorang-sorang...selamat mendengar..assalamualaikum...

Wednesday, September 21, 2011

Penantian yang tak pasti by Scandals


gambaq diamek dari arwie-scandals.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat senja..

Sunday, August 14, 2011

Lean On Me by Bill Withers


Assalamualaikum and good evening. hari ini saya nak bagi satu lagi lagu lama yang bertajuk Lean On Me.Anda dengar, anda layan dan anda nilai sendiri.sekian terima kasih.awesome selalu!

Friday, August 12, 2011

Sweet Caroline by Neil Diamond


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu ini ditulis dan dinyanyikan oleh Neil Diamond pada tahun 1969. Oleh sebab lagu ni best, ramaila artis-artis yang telah membuat cover lagu ni..antaranya ialah Elvis Presley, Dave Matthews Band, David Archuletta

Friday, August 5, 2011

Silent Jealousy by X-Japan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. saya dah lama tak update blog.

Tuesday, July 19, 2011

Pandang Memandang by Khaty Ibrahim dan Latif

Khaty Ibrahim

Latiff Ibrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dengar lagu ni masa tengok Edisi Khas. Macam best plak lagu ni..dinyanyikan oleh pasangan adik beradik Khatijah dan Latiff Ibrahim. Enjoy la ea...

Thursday, July 14, 2011

Jealous Guy by Gavin Degraw

Abang Gavin
Encik Lennon
Assalamualaikum dan salam sejatera..biasalah..kita semua pasti ada lagu untuk dilayan dalam mood kesyahduan.

Tuesday, July 12, 2011

Syurga di Hujung Jarum by Sofea

Patutla ayah aku benci gile ngan geng2 rock zaman dulu..cam haram gak la dressing dia..hahaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan yang baik dari semua segi. Hari ini saya akan hidangkan sebuah lagu dari kumpulan Sofea. Band ini asalnya bernama SYJ.singkatan untuk syed yusuf jamalullail(ejaan tak pasti).

Post Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...