Thursday, December 10, 2009

Lagu unsur ketuhanan


Salam semua..apa khabar?selamat sore..ok..macam saya dan sesetengah kawan lain yang ada blog..semua pun once in a blue moon mengupdate blog..mungkin kerana takda idea, mungkin kerana tiada kemudahan internet, mungkin kerana sibuk dengan tugasan lain..or..mungkin akibat malas..haaa..persoalan yang hanya diri kita sendiri boleh jawab..

Ada tak persoalan yang kita sendiri pun tak mampu jawab?ada...mesti ada..contohnya..kenapa harus jadi begini?kenapa tak jadi begini?soalan ni selalu klua bila kita tak mampu nak wat keputusan, bila sesuatu terjadi tak seperti yang kita nak, bila semuanya dah tak seindah dulu.macam-macam kita akan pikir..senang cakap bila kita ditimpa musibah, kesusahan dan apa saja yang mengurangkan kenikmatan..senang cakap..bila ditimpa UJIAN..

Jadi kita kena la berbalik kepada naluri kita yang memang ingin mengisi kekosongan hati..bila perut kita kosong kita makan, bila rohani kita lapar?kita perlu bagi dia makan..mungkin kekosongan hati ni setengah orang isi dengan mencari aweksss..mencari hiburan seperti berkaraoke, bermain snuker, snukerling..dan ada yang mencari Tuhan..yaa..itulah makanan rohani kita..mendengar ceramah agama, tazkirah, mengaji..

Wujudnya banyak kumpulan nasyid yang mewarnai industri muzik kita satu ketika dulu. Nama Raihan, Rabbani, Hijjaz dan banyak lagi sudah tidak asing lagi bagi saya semenjak sekolah rendah dulu..malah ada yang menjadikan trend..jadi kali ni..lagu nasyid juga banyak yang bleh dijadikan satu pengisian rohani.erm tapi takyah la lagu nasyid jiwang dari kumpulan-kumpulan yang menjadikan perkataan melayu menjadi orang puteh seperti in team, de hearty dan macam-macam lagi la..alang-alang nak dengar lagu jiwang baik dengar lagu aril af - menatap matamu..huhu..ok..takmau citer banyak..saya ingat nak post banyak lagi lagu-lagu unsur ketuhanan ni..anda jangan ingat kumpulan nasyid saja yang wat lagu-lagu macam ni..kumpulan-kumpulan rock pun ada..tapi biarlah saya sambung di post seterusnya..sekarang ni..anda layanla lagu dari kumpulan hijjaz ni..alam rohani..syahdu beb..downlod untuk dengar

download link :




Thursday, October 22, 2009

Solo..

    • Category: American musician
    • Date of birth: July 7, 1981
    • Profession: Musician, Songwriter, Guitarist
    • Musical genre: Hard rock, Metalcore, Post-hardcore
    • Label: Hopeless Records, Good Life Recordings
    • Nationality: American

  • Salam
    kepada semua pengunjung blog pelan2kayuh..apa kabar anda semua..moga-moga berada dalam kebahagiaan.. saya dah sekian lama tak update..sebagai student saya agak bz..tp sbenanya tak bz mana pun..bz berfoya-foya banyak la..cuti Deepavali tempoh hari saya telah ke kuala lumpur~kuala lumpur~kau kian tercemar...bernyanyi kecil pula..getus hatiku.walaupun skejap je saya pegi..tapi agak bermakna..sambil-sambil menerima 2 jahitan di kening..apalah dayaku..erm..pastu saya lepak ngan ramai orang..seperti wanshah, weng, kacip, alip, faizat, shah, kawan-kawan uitm, kawan-kawan padi..dan ramai lagi..sekian lama tak berjumpa..nama-nama yang tak disebut mohon kemaafan..erm apapun yang terjadi..yang berlalu biarkan berlalu..

    Macam yang anda maklum..kalau anda tau la..erm saya dah mula berjamm menjamming balik..dah lama tak begini..macam yang bali cakap..aku ni men chord tak penahnye betul sebab asyik dengar ngan praktis solo je..lagi-lagi lau lagu yang aku ske..huhuhu..solo sesebuah lagu haruslah berkesan..senang dan pendek pun takpe..tak semestinya susah ataupun panjang lebar..yang penting ada kaitan dengan jalan cerita lagu tu..feel dia..bak kata kid(former search lead guitar)

    Walaupun lagu sama jer saya men berulang kali..tapi saya tak bosan..lagu apekah?haa..takdela lagu baru..tapi solo dia mendayu-dayu..ala solo-solo slash skit...style dia lam klip video pun lebey kurang..solo ape?haa yang kat belakang tu angkat tangan..jawab cepat..seize the day??haaa pandai..pap3(bunyi tepuk tangan)...tepuk untuk synyster gates..terimalah solo ini untuk anda semua..
    solo daripada synyster gates sendiri..

    ni solo cover..aku uplod ni sebab awek yang men solo ni comel dan hot..huhu

    p/s : next time uplod yang aku men plak..huhu..Bali jangan nek darah...erm lagu ni belambak kat tenet..
    cari la sendiri..lau yang tak penah dengar..dengar yang full..layannnn...selamat!!

    Sunday, October 4, 2009

    Raya untuk anda

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang beragama Islam. Sudah beberapa hari kita menyambut kemenangan itu..tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam eidulfitri kepada kalian. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai ada kesalahan. cakap panjang pun tak guna, kalau yang halal tetap halal, yang tak halal tetap tak halal..saya quote dari kata-kata tuan haji said bin hasran..pengarah maktab saya..apa-apahal pun terlebih ke, terkurang ke mintak halal la..huhu..Raya tahun ni meriah la untuk saya..Saya lama tak menupdate post-post di blog kerana kekangan masa yang begitu menyempitkan mana yang longgar, makan nasi impit di berselang seli dengan agar-agar, penampar kapit buat budak kurang ajar..memang banyak saya mengarut..maklumla dah lama tak menulis. kenapa saya cakap saya bz?saya senaraikan la serba sedikit, antaranya :

    1. Saya dan kawan-kawan satu batch kat sini bertungkus lumut nak bertembung dengan Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA. dulunya dikenali sebagai LAN(lembaga akreditasi negara). Nak tau dengan lebih lanjut carilah sendiri. doakan semoga kami berjaya..
    2. Lepas tu..saudara amir faliq juga author blog ni(lihat bahagian contributor tepi tu) sentiasa memberikan task2 yang mencabar jari jemari saya ni ha..mencucuk saya dengan lagu-lagu yang jarang halwa telinga saya ni nak dengar. maka saya pun kne la berlatih bersungguh-sungguh...
    3. yang no 3 ni..sebab malas la..atau dengan kata lain..xde mud..nak menulis ni kne ada mud..ni pun keje tengah banyak..tapi semangat punya pasal..tulis tetap tulis..tengok aku punya last post 5 months ago.xleh jadi..kne la tulis jugak skit-skit..taknak hangat-hangat tahi aku sendiri jer..
    Dalam masa 5 bulan tak menulis ni, memang banyak lagu, cerita, idea yang aku nak kepilkan sekali kalau boleh..tapi tak mampu aku nak buat..nak kerah tenaga tu macam malas jer..jadi sesuai dengan nama blog ni la..pelan-pelan kayuh..apala anda semua nak expect..ye tak??Jadi..last but not least..saya sendiri, juga mewakili author-author lain..mengucapkan....SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG PELAN-PELAN KAYUH YANG BERAGAMA ISLAM!!( baca macam orang wat ucapan kat lam tv ramai-ramai)

    ni lagu raya yang aku rasa lain dari yang lain la..huhu..lau lepas nyanyi rasa kat punggung basah..ada cirit..saya tidak mau bertanggungjawab..hehe video ni cam kelaka jugak la..hehe