Klik untuk support

Tuesday, August 24, 2010

Kawan





Great friends

Assalamualaikum. saya nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang rakan saya yang telah mengadakan sambutan hari lahir saya yang ke 24 itu hari dan semua org yg wish..tak kirala anta sms ke, wall post kt pesbuk ke..Padi, Akem, Kucai, Metong, Jaka, Bily, Pacat, Wardah, Dayah, Lea, Zam, Farah dan mana-mana nama yang tak disebut...saya bukan lupa tapi saya tak larat nak taip semua. Jadi saya letak la lagu Kawan dari Plague of Happiness ni..ada petikan lirik lagu ni yg menarik perhatian saya..

"Sudah 24 tahun

Ilmu didada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun"

Macam masuk je ngan umur aku yang dah 24 tahun ni..dah tua dah..lau keta umo 24 tahun..dah tahap buang lam sungai dah..hehe..apapun harap aku akan bertransformasi ke arah kebaikan..


Saturday, August 21, 2010

Duke of earl


Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa. Lagu old skool abes saya bagi korang. Penyanyi dia nama Gene Chandler. Harmoni dia tebaek..biasala..standard lagu zaman 50 an dulu..yang best dia ska pakai mantel masa nyanyi..haha..Saya tengah boring sbenanya ni. Anda semua jaga diri baik-baik ya. Jangan nakal-nakal. Selamat ;}

ni masa dia muda :


ni dia dah tua..tapi sora menten


p/s : layan la lau anda bosan tu..

Monday, August 9, 2010

yang ku bekalkan untukmu~


Assalamualaikum. Saya mc 3 hari kerana kecederaan ketika perebutan bola di udara petang semalam. Kesakitannya..nampak bintang saya cakap ngan tuan doktor tu..sebab sakit sangat kan?ujar doktor tu..ok..tu cerita saya..saya ingin berikan sebuah lagu untuk semua. betul la..sesetengah lagu sedih..tak jadi sedih..sebab penyanyi tu tak feel betul-betul..ni lagu yang memang penyanyinya pada pendapat saya memang tone yang dikeluarkan bleh tersiat-siat la ati..huhuhu..untuk pemuzik juga..tone mereka berbeza..feel lain..walaupun men lagu yang sama..tapi tak sama untuk pendengar..ok..cukuplah tulisan panjang-panjang saya..layanlah lagu ni..dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad..CINTA..


ni ada sorang wat instrumental lagu ni..style jugak..



Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.

Saturday, August 7, 2010

cinta tak sehaluan


Assalamualaikum. sudah masuk bulan Ogos..yaa..bulan Ogos..entry kali..untuk seorang kawan. Masa saya sekolah. akak saya suka dengar satu lagu..ape jiwang sangat saya cakap. cinta tak sehaluan tajuknya..kumpulan Q-face?dem..ni mesti satu lagi yang sama cam newboyz ngan boboi la ni..beci aku..Lama-lama dah ari-ari dia pasang..maka saya pun menjadi layan lagu tu. takpelah..hehe..

Kemudian saya abis bersekolah..saya dapat tawaran belajar di maktab di batu pahat..maka saya daftarkan diri. jumpalah ramai orang yang kini jadi kawan-kawan saya. termasuklah seorang ni..masa tu dipanggil senior ke bilik untuk sesi suai kenal (suai kenal la sangat). erm..ada sorang cakap..dia ni artis ko tau..tengok pada fizikal pun..ah sape dia ni..tapi mengapa ada orang mendakwa beliau artis..

dia gitaris kumpulan Q-face katanya..hurm?bia btol..ni la kumpulan yang akak aku minat tu..memang btol la..tapi kenapa jadi cikgu..semenjak ari tu aku lepak bersama beliau..main gitar bersama..banyak juga yang dia ajar..macam-macam aktivitilah..erm..sehinggalah dia abeh belajar dan aku sampai sekarang pun tak abeh lagi..dia pun dapat posting..di jb..

satu hari dia balik ke batu pahat..aku pun baru balik dari perak..dia ambil aku di terminal..wah..kereta baru..lepak dan lepak..jom jamming?betul?tapi tak cukup kaki la..dia pun cakap..takpe..aku ajak budak band aku..erm..tapi penyanyi je la takde..takpe..layankan je..dah kumpul sume..jamming la..tapi tak sangka..itu jamming terakhir beliau..terakhir aku bersama beliau..

Malam 20 Ogos 2006..dapat sekeping mesej..beliau sudah tiada..setelah bertahun-tahun bergelut dengan sakit..20 hb ni dah genap 4 tahun dah dia takda..kejap je..alfatihah buat arwah hafizi bin bakhir a.k.a angah Q-face..



ni ada baru punya version yang penyanyi dia wat balik..

Wednesday, August 4, 2010

whiskey in the jar


Thin Lizzy


Metallica

Assalamualaikum. sedang saya kebosanan kerana tiada kuliah. maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog saya walaupun saya boleh memilih untuk mengemaskini fail-fail subjek yang saya ambil pada semester ini yang banyak tergendala tu

Okeh..nama band..jeng jeng jeng...Metallica..semua orang pun tau kan?haaa..tapi lagu whiskey in the jar ni?erm bukanlah lagu diorang sebenanya..lagu dari album garage inc. ni sbenanya diorang wat lagu-lagu cover..asalnya dari kumpulan thin lizzy..okeh...jujurnya memang lah yang metallica punya version lagi best..tapi lau korang tak sependapat..saya letak kedua-dua version sekali untuk tatapan semua okeh?haaa..moh kite??



hehehe..memang jauh lari dua-dua version ni..yg thin lizzy punya oldies mampos..huhu..retro..sungguh retro..dua - dua pun awesome!

p/s : ada tak t shirt jual ada tulisan Thin Lizzy tu?bapak style..

Cadangan : Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.

Sunday, August 1, 2010

Untuk Dia


Salam. satu hari saya pergi makan sama rumet saya encik Jabar. Sedang makan saya dengar satu lagu yang rentaknya sangat menarik perhatian saya. Maka saya pun cari..huhu..jumpa juga..lagu dari Duo Singapura yang selalu buat lagu-lagu cenggini. bikin perasaan saya dibuai-buai. huhuhu..ok..layanlah yer..kalau suka beritahu kawan..UNTUK KAMU...



Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.

Post Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...