Klik untuk support

Monday, December 21, 2009

Search - Bisa...




salam..salman al farisi..salman khan..tiba-tiba saya datang semangat untuk mengupdate blog nih..saya duk pikir lagu apa saya nak buh kali ni..sepanjang cuti ni adala saya mendapat 2 3 panggilan telefon dari beberapa kawan-kawan yang saya tak expect nak dapat kol dari mereka nih..macam tujuan la..ada yang panggil ajak pi kenduri dan macam-macam lagi..maka kotak pikiran saya pun banyak la mengimbas kawan-kawan saya..untuk pengetahuan semua, saya pernah belajar di IIC. Kolej Islam Antarabangsa..dulu kat setapak..sekarang dekat taman koperasi..hurm teringat kawan-kawan kat sana dulu especially kawan umah sewa..azam, budi, taufiq, husin, rizal, anisudin, izhar..pastu tak lupa wahidah dan lina..ada yang dah lost kontek..tapi semua pun dah lama tak jumpa..dulu kat situ 1st time saya dengar lagu Search ni..tajuk dia Bisa..sehinggakan Taufiq bengang dengan saya kerana merepeat track lagu tu sehingga jemu..huhu..mungkin ramai yang pernah dengar lagu ni..dan mungkin ramai yang tak pernah dengar..lagu ni takda kaitan ngan hidup saya atau sesiapa pun..saja post untuk tatapan semua..huhu..tapi moral yang terdapat lam lagu ni..setialah pada yang SATU..huhu..jangan ada skandal-skandal tau..hehehehe...

download link :

video klip tatapan untuk semua..


Thursday, December 10, 2009

Hijjaz - Alam Rohani


Salam semua..apa khabar?selamat sore..ok..macam saya dan sesetengah kawan lain yang ada blog..semua pun once in a blue moon mengupdate blog..mungkin kerana takda idea, mungkin kerana tiada kemudahan internet, mungkin kerana sibuk dengan tugasan lain..or..mungkin akibat malas..haaa..persoalan yang hanya diri kita sendiri boleh jawab..

Ada tak persoalan yang kita sendiri pun tak mampu jawab?ada...mesti ada..contohnya..kenapa harus jadi begini?kenapa tak jadi begini?soalan ni selalu klua bila kita tak mampu nak wat keputusan, bila sesuatu terjadi tak seperti yang kita nak, bila semuanya dah tak seindah dulu.macam-macam kita akan pikir..senang cakap bila kita ditimpa musibah, kesusahan dan apa saja yang mengurangkan kenikmatan..senang cakap..bila ditimpa UJIAN..

Jadi kita kena la berbalik kepada naluri kita yang memang ingin mengisi kekosongan hati..bila perut kita kosong kita makan, bila rohani kita lapar?kita perlu bagi dia makan..mungkin kekosongan hati ni setengah orang isi dengan mencari aweksss..mencari hiburan seperti berkaraoke, bermain snuker, snukerling..dan ada yang mencari Tuhan..yaa..itulah makanan rohani kita..mendengar ceramah agama, tazkirah, mengaji..

Wujudnya banyak kumpulan nasyid yang mewarnai industri muzik kita satu ketika dulu. Nama Raihan, Rabbani, Hijjaz dan banyak lagi sudah tidak asing lagi bagi saya semenjak sekolah rendah dulu..malah ada yang menjadikan trend..jadi kali ni..lagu nasyid juga banyak yang bleh dijadikan satu pengisian rohani.erm tapi takyah la lagu nasyid jiwang dari kumpulan-kumpulan yang menjadikan perkataan melayu menjadi orang puteh seperti in team, de hearty dan macam-macam lagi la..alang-alang nak dengar lagu jiwang baik dengar lagu aril af - menatap matamu..huhu..ok..takmau citer banyak..saya ingat nak post banyak lagi lagu-lagu unsur ketuhanan ni..anda jangan ingat kumpulan nasyid saja yang wat lagu-lagu macam ni..kumpulan-kumpulan rock pun ada..tapi biarlah saya sambung di post seterusnya..sekarang ni..anda layanla lagu dari kumpulan hijjaz ni..alam rohani..syahdu beb..downlod untuk dengar

download link :





Post Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...