Klik untuk support

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 20, 2010

When I need you

Assalamualaikum. Tak terlambat lagi mau ucap selamat hari raya..macam mana raya korang semua..awesome ke tidak..harap biarla awesome. Terima kaseh pada semua yang mengucapkan salam aidilfitri pada saya. Lagu yang saya mau kongsi dengan kamu-kamu semua pada hari ini bertajuk When I need you. Korang mungkin pernah dengar lagu ni..tapi korang mungkin pernah dengar yang Leo Sayer nyanyi, Rod stewart..ramai lagi nyanyi..tapi sapa penyanyi asalnya?

Ok..sini saya kenalkan Encik Albert Hammond..dia la penyanyi asal lagu ni..Lagu ni untuk saya memang best..lagu slow..layan syahdu-syahdu..dan apa yang lebih menarik..kumpulan black dog bone juga pernah wat cover untuk lagu ni..dalam Bahasa Melayu..black dog bone ni slalu faymes time raya dengan lagu raya sedih mereka..tapi vokal awesome Jatt memang tak bleh dipertikaikan..mereka banyak wat cover-cover lagu omputeh yang dimelayukan..contoh lainnya lagu khayalan yang seterusnya diberi lagi nafas baru oleh Ruffedge dan VE..

Ok..tak mau celoteh panjang lagi..saya letakkan kat sini beberapa variasi lagu when i need you ni untuk halwa telinga anda semua..saya harap anda terhibur..sekian terima kasih..





sapa yang lebih bagus..sapa yang lebih anda suka..pilihan terletak di telinga anda..telinga kitapun berbeda..ada yg capang,ada yang terkelepet..tidak ditujukan kepada sesiapa..cuma jelak tgk komen-komen kat youtube yang sering bergadoh mengatakan orang ini lebih bagus,artis ini lebih bagus..tak kira la komen org melayu ke,org putih ke,indon ke..suka btol begadoh kt tmpt komen..lau suka dengar,lau tak suka klik je tanda pangkah di penjuru atas kanan tetingkap anda..haha..ok selamat mendengar!have a nice day...



Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Kepada semua pengunjung blog pelan-pelan kayuh..ade ke pengunjung?haha..tak kisah la..di sini saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..terlebih tekurang mintak halal..dah nak ucap raya..mesti la ada lagu raya..sini saya letak satu lagu raya baru..bukan lagu yang common untuk raya saya pikir..huhu..unik gak la lagu raya ni..lagu melayu..tiba-tiba ada next aidilfitri..haa..tu la tajuk lagu dia..next aidilfitri dari Bittersweet..video kat youtube takda lagi..jadi saya letak download link..ok?fair and square?cewah..cam ada bunyi 60an skit.aktivis-aktivis bahasa melayu mesti tak suka lagu ni sebab rojak ngan bahasa inggeris..apa-apahal pun..raya takmo marah-marah ok?


dengar weh lagu ni..best..hehehe

Sunday, October 4, 2009

Awie ft ziana zain - halaman asmara

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang beragama Islam. Sudah beberapa hari kita menyambut kemenangan itu..tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam eidulfitri kepada kalian. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai ada kesalahan. cakap panjang pun tak guna, kalau yang halal tetap halal, yang tak halal tetap tak halal..saya quote dari kata-kata tuan haji said bin hasran..pengarah maktab saya..apa-apahal pun terlebih ke, terkurang ke mintak halal la..huhu..Raya tahun ni meriah la untuk saya..Saya lama tak menupdate post-post di blog kerana kekangan masa yang begitu menyempitkan mana yang longgar, makan nasi impit di berselang seli dengan agar-agar, penampar kapit buat budak kurang ajar..memang banyak saya mengarut..maklumla dah lama tak menulis. kenapa saya cakap saya bz?saya senaraikan la serba sedikit, antaranya :

  1. Saya dan kawan-kawan satu batch kat sini bertungkus lumut nak bertembung dengan Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA. dulunya dikenali sebagai LAN(lembaga akreditasi negara). Nak tau dengan lebih lanjut carilah sendiri. doakan semoga kami berjaya..
  2. Lepas tu..saudara amir faliq juga author blog ni(lihat bahagian contributor tepi tu) sentiasa memberikan task2 yang mencabar jari jemari saya ni ha..mencucuk saya dengan lagu-lagu yang jarang halwa telinga saya ni nak dengar. maka saya pun kne la berlatih bersungguh-sungguh...
  3. yang no 3 ni..sebab malas la..atau dengan kata lain..xde mud..nak menulis ni kne ada mud..ni pun keje tengah banyak..tapi semangat punya pasal..tulis tetap tulis..tengok aku punya last post 5 months ago.xleh jadi..kne la tulis jugak skit-skit..taknak hangat-hangat tahi aku sendiri jer..
Dalam masa 5 bulan tak menulis ni, memang banyak lagu, cerita, idea yang aku nak kepilkan sekali kalau boleh..tapi tak mampu aku nak buat..nak kerah tenaga tu macam malas jer..jadi sesuai dengan nama blog ni la..pelan-pelan kayuh..apala anda semua nak expect..ye tak??Jadi..last but not least..saya sendiri, juga mewakili author-author lain..mengucapkan....SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG PELAN-PELAN KAYUH YANG BERAGAMA ISLAM!!( baca macam orang wat ucapan kat lam tv ramai-ramai)

ni lagu raya yang aku rasa lain dari yang lain la..huhu..lau lepas nyanyi rasa kat punggung basah..ada cirit..saya tidak mau bertanggungjawab..hehe video ni cam kelaka jugak la..hehe

Post Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...