Klik untuk support

Friday, December 30, 2011

Hatiku Kekal Selamanya (Ni Dao Di Ai Shei) by Mus May ft Victor Lee



Assalamualaikum.apa kabar semua?Mus may kembali lagi.lagu yang sudah setahun tapi saya tak pernah dengar.ini pun dapat tau dari sorang kawan masa naik kereta beliau.dengar macam best dan untuk saya..sememangnya best.Lagu ini agak berbilang kaum.sebab mus dia duet dengan sorang penyanyi cina nama dia Victor Lee.Menggabungkan dua bahasa.untuk saya agak osem.mungkin mus may menyokong  agenda 1Malaysia PM kita.takda banyak cer..layan...

Sunday, November 13, 2011

Viva la Vida cover by Taylor Swift


gambo aku amek kt gugel imej

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya baru pulang dari sekolah!yearghh!!ini adalah kali pertama saya mengupdate blog ni langsung dari balik skolah dengan nametag masih tersemat di dada.Lagu ini mungkin sudah fofuler dan tak perlu diperkenalkan lagi. Pemilik asal adalah the awesome band Coldplay. Dicoverkan oleh Taylor Swift. Tak perlu buat penilaian dan perbandingan yang mana lebih awesome..Perkara yang biasa terjadi di yutiup..bila orang buat cover bukan bermaksud mereka nak lawan original artis..tapi sebagai satu penghormatan kepada artis tersebut kerana mungkin mereka begitu admire dengan artis tersebut..ok..marilah layan..zassssss!!!

p/s : saya pikir cover Taylor Swift lebih osem karena beliau adalah sungguh gojes!!!

Monday, November 7, 2011

Selamat Jalan by Lucy In The Loo


gambo diamek dari flickr

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekian lama saya tidak mengupdate blog saya atas kekangan masa dan rasa malas yang meluap-luap.

Thursday, October 6, 2011

Aerosmith - Crazy (piano version)


gambar diambil dari http://redriverpak.wordpress.com/2011/08/11/music-flashback-aerosmith/
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biasala..lau kita tengok di Yutiup..banyak orang wat cover lagu-lagu yang diorang suka..ada cover yang best..ada cover yang tak best..bergantung kepada orang tu sedar diri atau tidak..selalunya tidak..tapi takpa..mereka akan cakap..yutiup ni abah kau punya?lau bukan..jangan cakap banyak..lau tak suka..jangan tengok!takpelah..itulah kebebasan..lau betul-betul bagus mesti la recording company dah offer wat album kan?jadi ley layan syok sendiri dengan aplod video kat yutiup je la..ada rasional dia jugak kat situ..okeh...sekarang tiba masa untuk kita straight to the tajuk..lagu ni mungkin semua orang tau..dan tiba-tiba ada seorang manusia ini wat cover instrumental piano untuk lagu ni..serius best..sesuai time nak layan perasaan sorang-sorang...selamat mendengar..assalamualaikum...

Wednesday, September 21, 2011

Sunday, August 14, 2011

Lean On Me by Bill Withers


Assalamualaikum and good evening. hari ini saya nak bagi satu lagi lagu lama yang bertajuk Lean On Me.Anda dengar, anda layan dan anda nilai sendiri.sekian terima kasih.awesome selalu!

Friday, August 12, 2011

Sweet Caroline by Neil Diamond


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu ini ditulis dan dinyanyikan oleh Neil Diamond pada tahun 1969. Oleh sebab lagu ni best, ramaila artis-artis yang telah membuat cover lagu ni..antaranya ialah Elvis Presley, Dave Matthews Band, David Archuletta

Friday, August 5, 2011

Silent Jealousy by X-Japan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. saya dah lama tak update blog.

Tuesday, July 19, 2011

Pandang Memandang by Khaty Ibrahim dan Latif

Khaty Ibrahim

Latiff Ibrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dengar lagu ni masa tengok Edisi Khas. Macam best plak lagu ni..dinyanyikan oleh pasangan adik beradik Khatijah dan Latiff Ibrahim. Enjoy la ea...

Thursday, July 14, 2011

Jealous Guy by Gavin Degraw

Abang Gavin
Encik Lennon
Assalamualaikum dan salam sejatera..biasalah..kita semua pasti ada lagu untuk dilayan dalam mood kesyahduan.

Tuesday, July 12, 2011

Syurga di Hujung Jarum by Sofea

Patutla ayah aku benci gile ngan geng2 rock zaman dulu..cam haram gak la dressing dia..hahaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan yang baik dari semua segi. Hari ini saya akan hidangkan sebuah lagu dari kumpulan Sofea. Band ini asalnya bernama SYJ.singkatan untuk syed yusuf jamalullail(ejaan tak pasti).

Monday, July 4, 2011

saat cinta itu tiba by tipe - X



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu lagu dari kumpulan Tipe X..diperkenalkan oleh kawan aku kira-kira 7 thn yang lalu..masa belajar di kolej..saudara azam..serius lama gila dah tak jumpa dia..ini lagu tipe x yang best selain salam rindu..untuk mereka yang tengah ejas awek..bleh cuba lagu ini...

Tuesday, June 28, 2011

Jacky Cheung - Wen Bie( Goodbye Kiss)




Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Masih dalam mode sangat bz dan mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog ini sebelum bersawang...ari ni nak kasik lagu cina..dari seorang penghibur yang namanya Jacky Cheung..dia seorang performer yang awesome...

Monday, June 20, 2011

Sunyi by Gersang



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak update blog. Mud tadak..bz lagi..kursus,hari sukan, nak siapkan follow PPGB, nak inteview spp lg..ah..jem2..stress..takpa..lau anda tak tau apa yang saya tulis ni..abaikan..saya hanya ingin meluahkan..

Tuesday, June 7, 2011

Dulu dan Selamanya by A to Z(tahniah padi)


gamba diambil di facebook encik rosman jantan

Assalamualaikum..sekian lama tak update..lepas ilang netbook itu ari..dah bli netbook baru terus semangat mengupdate menjadi pudar. Kali ini ku gagahkan jua sebab mau ucapkan tahniah kepada semua kawan-kawan saya yang baru mendirikan rumahtangga..

Saturday, May 21, 2011

In My Defence by Queen


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagi lagu Queen. Lagu ini pasal diri Freddie sendiri..anda bulih hayati lirik dia. Ok la..layan je la lagu ni..sayang anda semua..memuah!

Friday, May 20, 2011

Nasib kita by Mael,Mus,Wings




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apsal lama wa tak update?sebab netbook wa hilang..adoyai..netbook hilang dah satu hal..keje dalam tu..lagi satu..wa dah men game plant versus zombie sampai flag 58 kot..gile nak men balik..wa harap orang yang curi tu insaf..tiada guna menangis..sekarang wa nak share satu lagu yang takde la rare sangat..versi asal dia mungkin tak..tapi versi mael nyanyi balik..ok..tanak cakap banyak..layan je...dua-dua versi wa kasik!!!

Monday, May 9, 2011

Bolehkah menafikan mati by As Sahar


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini hari saya mau bagi lagu black metal satu untuk anda layan.

Sunday, May 8, 2011

I Turn to You by Christina Aguilera


Assalamualaikum. Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia terutama kepada mak saya.

Saturday, May 7, 2011

Falsafah Cinta by Slam


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita tau..salah satu kekuatan Slam tu pada vokalis dia..

Thursday, May 5, 2011

Since I dont Have you by Guns n Roses


Saya pernah post lagu ni rasanya..lama dulu..tapi saya tidak letak video dia sekali. Saya suka lagu ni terutama sekali apabila tengah memandu di hari hujan. Terasa kesyahduan lau kita menghayatinya.

Sunday, May 1, 2011

love Bites by Def Leppard


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu ni mungkin tak rare kepada pendengar yang membesar di era rock kapak..tak tau la nak kata band ni faymes ke tak kat Malaysia ni..tapi aku tau diorang ada satu lagu best..tajuk dia love bites..jadi inginlah aku sharing is caring ngan korang semua..anda semua bleh la mengenjoy lagu ini sekarang...silalah layanan...

Wednesday, April 27, 2011

Lagu Teman by The Lion Story ft Zahidah


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ni post kedua berkenaan band The Lion Story. Ni lagu duet dia dengan Zahidah. Takdala rare mana lagu ni..tapi aku suka..huhuhuhuhu..harap anda pun suka..huyaaaaiiii...

Tuesday, April 26, 2011

Cinta terlarang by the virgin


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malas betol..nak update post pun pelan-pelan kayuh ja sekarang ni. Dulu masa zaman facebook awal-awal dulu..selalu ada orang wat kuiz..syok masa tu..banyak kuiz-kuiz yang menarik..jadi aku ada la wat satu kuiz ni..nama apa aku dah tak ingat..kuiz orang indon yang wat..lagu apa yg cocok dengan kamu..

Saturday, April 23, 2011

I Was Born to Love You by Queen

 Takuya Kimura adalah hero dalam filem Pride

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku pikir aku dah stadi abes lagu Queen..rupanya aku terlepas dengar satu lagu Queen yang awesome..malam tadi aku lepak la kt umah bujang kawan-kawan aku. Diorang pun cakap ada satu movie tajuk dia PRIDE

Friday, April 22, 2011

Mithali Cintaku by Utopia


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari Jumaat. Hari ini saya mau bagi satu lagu Rock Kapak. Mungkin la lagu ni tak berapa rare bagi peminat rock kapak tapi rare la untuk generasi sekarang. Ok..cakap banyak tade..anda layan la lagu ni..

Wednesday, April 20, 2011

Darah Muda by Mariani


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu yang nak dipost ada cerita sikit di sebaliknya. Cerita berlaku masa saya darjah 6 dulu. Time lepas UPSR saya pasti kita semua akan dibenarkan bermain sepuas-puasnya. Masa tu la semua orang men tudung botol, Pepsi Cola, batu seremban, chess, congkak dan segala macam jenis indoor game. Saya darjah 6 tahun 98. Masa tu XPDC memang naik. Album Brutal baru kluar lebey kurang setahun. Pastu XPDC ni la aku rasa start wat cover-cover lagu 60 an. Jadi, kawan aku bagi la aku satu kaset Metal 50 60 an. Ada la selit satu lagu..darah muda tajuk dia..

Aku selalu nyanyi lagu ni ngan arwah pak cik aku. Mesti rewind banyak-banyak kali lagu ni time nek keta ngan dia. haa lagi satu..sampai sekarang aku tak pulang kaset tu kat membe aku. dah pegi mana aku pun tak tau. Sori Padil..

Selama aku idup, aku asyik dengar yang versi XPDC jer..untuk aku memang diorang cover lagu tu bagus gile..so..semalam aku terpikir nak tau macam mana versi asal dia..cari kat yutiup..jumpa..Penyanyi asal Mariani..lagu ciptaan Kasim Masdor..layan...

Saturday, April 16, 2011

Tribute to Ari Wibowo

 Ari Wibowo



 ni bukan Ari Wibowo..ni Radhi OAG..hahaha..sama tak?sama tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengaruh lagu Indon ni memang dari zaman dulu dah melekat di jiwa rakyat Malaysia. Antara lagu yang malar segar tentulah lagu Madu dan Racun..dari tag team Bill & Brod..penyanyi utama dia tentulah tak lain dan tak bukan Ari Wibowo.

Wednesday, April 13, 2011

Kristina She Dont Know i Exist by Catch 22


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu hari ni..dah bertahun dah dalam simpanan hardisk aku. diperkenalkan oleh sorang membe kira-kira 6 tahun dulu. Lama sangat dah tu..tapi aku terlepas pandang nak update. Lagu pasal dia suka kat awek ni tapi awek tu pun tak penah kenal dia..huhuhu..best..serius lagu ni best..Nama band Catch 22. American Ska Band..info dia lagi anda google sendiri di mana-mana tempat anda wifi sekarang..layanzzzzz...

Tuesday, April 12, 2011

The lion story - kucing kemari

Assalamualaikum dan salam sejahtera. The Lion Story..inilah nama band itu. Band ini asalnya dari Kota Singa. Mungkin dari situlah band itu mendapat nama.  Band yang tengah faymes kat Singapura. Malas rasanya nak menaip pasal info band ni..anda bleh la google di mana-mana tempat yang ada wifi sekarang..tulis panjang-panjang anda nak bacakah?hahahaha..ok..layan la lagu ni..

Monday, April 11, 2011

Queen - Dont Stop Me Now versi kelako + Osem Bak!

Ok..itu hari aku post pasal lagu ni dalam version fast and loose.Ari ni ada sorang mamat nama Jerry Philip wat cover lagu ni guna tangan wat bunyi macam kentut. Dia berpengalaman wat menda ni selama 38 tahun.. Asalnya saya nak amek yang dia wat lagu Bohemian Rhapsody..dengan ekspresi muka yang memang kelaka abis..dia bleh buat dengan goreng skali..betulllll....yang tu lagi osem..sampai Brian May(Lead Guitar Queen) pun komen video dia..

Sunday, April 10, 2011

Shark in The Water by VV Brown

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu ni saya dapat dari satu episod cerita House season 7. Saya memang minat cerita House ni. Kiranya sampai season 7 dah la saya layan. Dalam episod  10 rasanya..ada lagu ni..untuk saya menarik untuk didengar..catchy sekali..layan la ea..huyeah...

Saturday, April 2, 2011

Negeri Ngeri by Marjinal

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini ada satu band dari Indonesia. Beberapa tahun dulu disuggest suruh dengar oleh sorang rakan. Lagu sekeras kerikil. Best. dan liriknya penuh makna. Lagu ini untuk orang Indonesia tapi situasinya mungkin telah atau akan jadi Malaysia. Mungkin ini luahan hati golongan kelas pertengahan atau kelas yang lebih bawak. Dengar lagu, paham sendiri liriknya..enjoy..

Thursday, March 31, 2011

Ryu(street fighter) theme song

Assalamualaikum dan selamat senja. Anda main game?tentu anda tau game street fighter bukan?untuk tiap-tiap karakter, kalau kita kita men kat tempat mereka contohnya kita men kat tempat Guile..ala yang background dia ada jet pejuang USA tu..haa..untuk tiap-tiap tempat ada theme song tersendiri. Faveret aku theme song Ryu la. Best gile lagu dia. Ok..jadi aku nak share dengan anda semua la..diletakkan beberapa versi kat sini. Pandai-pandai la anda semua pilih mana yang best..enjoy ya semua..HADOKEN!!!

Tuesday, March 29, 2011

Fast and Loose - Dont Stop Me Now(kelako bak)


Ada satu rancangan kt britain lau tak silap aku..nama rancangan dia fast and loose.tak tau la kalau anda semua dah tau..aku baru tau..yang menariknya, ada satu segmen dalam rancangan ni..dia pasang lagu..sorang wat gaya ikut lirik lagu tu..pastu yg tengok tu kne teka..aku suka sebab dia penah amek lagu Queen - Dont Stop Me Now...pastu korang tengok la gaya dia..macam ngan haram..hehehe..enjoy..kelako..kelako..

Friday, March 25, 2011

Kasihmu by Abot



Assalamualaikum.ni aku punya post pertama dengan layout yang aku saja-saja nak testis layout baru ni..adoyai..pening gile nak setting..tapi apa-apahal pun..dah tukar layout baru ar rasa semangat skit nak abeh..maseh under construction lagi nih..banyak lagi nak repair..aku tak tau la anda semua suka ka tak..tapi facebook asyik ubah-ubah dia punya elemen pun orang duk masuk macam tu jugak..bajet aku punya blog macam facebook la ea?haha..

Ok..ni lagu unsur ketuhanan yang kedua lau tak silap aku..bukan dari mana-mana kumpulan nasyid yang kita dengar macam lagu ketuhanan..penyudahnya lagu gatal nak kawen tapi diselitkan dengan nama-nama awek yang ada ciri-ciri Islamik...

Saturday, March 5, 2011

Insyaallah by Mawi



Assalamualaikum..lama sudah tak mengupdate blog..bz2..kerja..setiap hari adalah hectic..ewah..kalian suma sehat ke?harap semua orang problem free..bleh ke problem free?macam mustahil jer..ok..merujuk kepada tajuk post..haa..korang pikir maher zain jer ke ada lagu insyaallah..korang ingat tak iklan Tabung Dapur untuk Darfur kat tv3 dulu..

Tuesday, February 22, 2011

risalah hati by dewa(tahniah malham)



bukan men ensem ko malham...

Assalamualaikum. Lama saya tak mengupdate blog.maklum la..lately saya agak bz lg membzkan..dah la bz..zaman gelap plak sekarang ni..duit takde..huhuhu...ok..intro saya adalah salah satu punca saya tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan salah sorang teman saya time stadi di Johor Bahru dulu..Hari dia nak kawen tu la saya nak melapor diri..hari pertama kerja..

Monday, January 24, 2011

Tal Vez by Ricky Martin


Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Di sini saya nak tampilkan satu lagu sedih berjudul Tal Vez yang pernah popular satu ketika dulu(popular ke?)..tak kisahlah..apa yang pasti lagu ni agak menarik perhatian saya kerana lagunya yang sedap. Lagu ni lau time anda drive dalam hujan..memang membuatkan hati anda berasa sayu dan syahdu. Lagu Latin..lau anda tak paham lirik dia saya sertakan sekali dengan terjemahan dia.


p/s : dan ensem-ensem kenapa la nak jadi gay...

Translation of the song Tal Vez

Maybe it will be that this story already has an ending
I don't know why today I feel you so far away from me
And even tough I intent again
Maybe it will be too late, there's nothing more to do
And I can't believe that the time we both had
Maybe has run out

Monday, January 17, 2011

Venusia dari OAG


Ada beberapa band yang mempengaruhi hidup saya..salah satunya adalah OAG..mengapa..saya pikir band ini saya membesar bersamanya..karna enak juga lagu-lagunya..musiknya sangat bagus, liriknya luar biasa..kalian dengar saja lagu Permysuri..dari mana datangnya pikiran genius seumpama itu..dapat menulis lagu yang begitu..

Sunday, January 16, 2011

Advertising Space by Robbie William


Assalamualaikum dan salam satu malaysia..1st of all..anda jangan keliru antara Robbie William dan Robbin William..Robbie nyanyi,Robbin belakon..harap penjelasan saya ni dapat mengelakkan anda dari kekeliruan..

Lagu ni berkisarkan tentang kehidupan Elvis Presley..saya pikir..mungkin Elvis adalah salah satu inspirasi Robbie..dan dia menggarap cerita Elvis dengan baik dalam lagu ini..melodi yang menarik untuk didengar..selamat mendengar..


p/s : saya lebih diinspirasikan oleh Freddie Mercury!huhuhu

Friday, January 14, 2011

Siapa Selain Aku by Exist


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, 1/2 Malaysia,2 Malaysia dan apa saja nombor yang anda pikirkan sesuai diletakkan di depan perkataan Malaysia..hah..apa kaitan satu malaysia dengan lagu ni?mesti la takda kaitan..haaa...berani u aaaa...nothing matter..all that matter is lagu ni best..so what?lame~ wah..terasa mcm artis-artis kne interview plak..campur-campur ngan english skit walaupun result SPM pun mesti macam haram..eh..apa yang saya rabankan ini?apakah yang telah terjadi pada diriku?

Haa..berbalik pada lagu ni..macam biasalah..saya memang minat tol ngan kumpulan Exists ni yang tah wujud ke tidak skrg ni..kekuatan dia tentulah pada vokal mendayu-dayu Ezad..tambah ngan jalan cerita lagu ni tentang lelaki ini yang dia tak kisah awek dia tinggal..cuma dia sedih akan nasib aweknya setelah mereka berpisah..bukan main tragis..nak nanges ke?nah tisu...

Baiklah..lurus ke arah poin..dengarlah lagu ini..hayatilah liriknya dan menangislah semahunya...papai semua..have a nice day~


Post Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...