Klik untuk support

Monday, December 21, 2009

Search - Bisa...




salam..salman al farisi..salman khan..tiba-tiba saya datang semangat untuk mengupdate blog nih..saya duk pikir lagu apa saya nak buh kali ni..sepanjang cuti ni adala saya mendapat 2 3 panggilan telefon dari beberapa kawan-kawan yang saya tak expect nak dapat kol dari mereka nih..macam tujuan la..ada yang panggil ajak pi kenduri dan macam-macam lagi..maka kotak pikiran saya pun banyak la mengimbas kawan-kawan saya..untuk pengetahuan semua, saya pernah belajar di IIC. Kolej Islam Antarabangsa..dulu kat setapak..sekarang dekat taman koperasi..hurm teringat kawan-kawan kat sana dulu especially kawan umah sewa..azam, budi, taufiq, husin, rizal, anisudin, izhar..pastu tak lupa wahidah dan lina..ada yang dah lost kontek..tapi semua pun dah lama tak jumpa..dulu kat situ 1st time saya dengar lagu Search ni..tajuk dia Bisa..sehinggakan Taufiq bengang dengan saya kerana merepeat track lagu tu sehingga jemu..huhu..mungkin ramai yang pernah dengar lagu ni..dan mungkin ramai yang tak pernah dengar..lagu ni takda kaitan ngan hidup saya atau sesiapa pun..saja post untuk tatapan semua..huhu..tapi moral yang terdapat lam lagu ni..setialah pada yang SATU..huhu..jangan ada skandal-skandal tau..hehehehe...

download link :

video klip tatapan untuk semua..


Thursday, December 10, 2009

Hijjaz - Alam Rohani


Salam semua..apa khabar?selamat sore..ok..macam saya dan sesetengah kawan lain yang ada blog..semua pun once in a blue moon mengupdate blog..mungkin kerana takda idea, mungkin kerana tiada kemudahan internet, mungkin kerana sibuk dengan tugasan lain..or..mungkin akibat malas..haaa..persoalan yang hanya diri kita sendiri boleh jawab..

Ada tak persoalan yang kita sendiri pun tak mampu jawab?ada...mesti ada..contohnya..kenapa harus jadi begini?kenapa tak jadi begini?soalan ni selalu klua bila kita tak mampu nak wat keputusan, bila sesuatu terjadi tak seperti yang kita nak, bila semuanya dah tak seindah dulu.macam-macam kita akan pikir..senang cakap bila kita ditimpa musibah, kesusahan dan apa saja yang mengurangkan kenikmatan..senang cakap..bila ditimpa UJIAN..

Jadi kita kena la berbalik kepada naluri kita yang memang ingin mengisi kekosongan hati..bila perut kita kosong kita makan, bila rohani kita lapar?kita perlu bagi dia makan..mungkin kekosongan hati ni setengah orang isi dengan mencari aweksss..mencari hiburan seperti berkaraoke, bermain snuker, snukerling..dan ada yang mencari Tuhan..yaa..itulah makanan rohani kita..mendengar ceramah agama, tazkirah, mengaji..

Wujudnya banyak kumpulan nasyid yang mewarnai industri muzik kita satu ketika dulu. Nama Raihan, Rabbani, Hijjaz dan banyak lagi sudah tidak asing lagi bagi saya semenjak sekolah rendah dulu..malah ada yang menjadikan trend..jadi kali ni..lagu nasyid juga banyak yang bleh dijadikan satu pengisian rohani.erm tapi takyah la lagu nasyid jiwang dari kumpulan-kumpulan yang menjadikan perkataan melayu menjadi orang puteh seperti in team, de hearty dan macam-macam lagi la..alang-alang nak dengar lagu jiwang baik dengar lagu aril af - menatap matamu..huhu..ok..takmau citer banyak..saya ingat nak post banyak lagi lagu-lagu unsur ketuhanan ni..anda jangan ingat kumpulan nasyid saja yang wat lagu-lagu macam ni..kumpulan-kumpulan rock pun ada..tapi biarlah saya sambung di post seterusnya..sekarang ni..anda layanla lagu dari kumpulan hijjaz ni..alam rohani..syahdu beb..downlod untuk dengar

download link :





Thursday, October 22, 2009

synyster gates solo



    • Category: American musician


    • Date of birth: July 7, 1981


    • Profession: Musician, Songwriter, Guitarist


    • Musical genre: Hard rock, Metalcore, Post-hardcore


    • Label: Hopeless Records, Good Life Recordings


    • Nationality: American



  • Salam
    kepada semua pengunjung blog pelan2kayuh..apa kabar anda semua..moga-moga berada dalam kebahagiaan.. saya dah sekian lama tak update..sebagai student saya agak bz..tp sbenanya tak bz mana pun..bz berfoya-foya banyak la..cuti Deepavali tempoh hari saya telah ke kuala lumpur~kuala lumpur~kau kian tercemar...bernyanyi kecil pula..getus hatiku.walaupun skejap je saya pegi..tapi agak bermakna..sambil-sambil menerima 2 jahitan di kening..apalah dayaku..erm..pastu saya lepak ngan ramai orang..seperti wanshah, weng, kacip, alip, faizat, shah, kawan-kawan uitm, kawan-kawan padi..dan ramai lagi..sekian lama tak berjumpa..nama-nama yang tak disebut mohon kemaafan..erm apapun yang terjadi..yang berlalu biarkan berlalu..

    Macam yang anda maklum..kalau anda tau la..erm saya dah mula berjamm menjamming balik..dah lama tak begini..macam yang bali cakap..aku ni men chord tak penahnye betul sebab asyik dengar ngan praktis solo je..lagi-lagi lau lagu yang aku ske..huhuhu..solo sesebuah lagu haruslah berkesan..senang dan pendek pun takpe..tak semestinya susah ataupun panjang lebar..yang penting ada kaitan dengan jalan cerita lagu tu..feel dia..bak kata kid(former search lead guitar)

    Walaupun lagu sama jer saya men berulang kali..tapi saya tak bosan..lagu apekah?haa..takdela lagu baru..tapi solo dia mendayu-dayu..ala solo-solo slash skit...style dia lam klip video pun lebey kurang..solo ape?haa yang kat belakang tu angkat tangan..jawab cepat..seize the day??haaa pandai..pap3(bunyi tepuk tangan)...tepuk untuk synyster gates..terimalah solo ini untuk anda semua..
    solo daripada synyster gates sendiri..

    ni solo cover..aku uplod ni sebab awek yang men solo ni comel dan hot..huhu

    p/s : next time uplod yang aku men plak..huhu..Bali jangan nek darah...erm lagu ni belambak kat tenet..
    cari la sendiri..lau yang tak penah dengar..dengar yang full..layannnn...selamat!!

    Sunday, October 4, 2009

    Awie ft ziana zain - halaman asmara

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang beragama Islam. Sudah beberapa hari kita menyambut kemenangan itu..tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam eidulfitri kepada kalian. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai ada kesalahan. cakap panjang pun tak guna, kalau yang halal tetap halal, yang tak halal tetap tak halal..saya quote dari kata-kata tuan haji said bin hasran..pengarah maktab saya..apa-apahal pun terlebih ke, terkurang ke mintak halal la..huhu..Raya tahun ni meriah la untuk saya..Saya lama tak menupdate post-post di blog kerana kekangan masa yang begitu menyempitkan mana yang longgar, makan nasi impit di berselang seli dengan agar-agar, penampar kapit buat budak kurang ajar..memang banyak saya mengarut..maklumla dah lama tak menulis. kenapa saya cakap saya bz?saya senaraikan la serba sedikit, antaranya :

    1. Saya dan kawan-kawan satu batch kat sini bertungkus lumut nak bertembung dengan Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA. dulunya dikenali sebagai LAN(lembaga akreditasi negara). Nak tau dengan lebih lanjut carilah sendiri. doakan semoga kami berjaya..
    2. Lepas tu..saudara amir faliq juga author blog ni(lihat bahagian contributor tepi tu) sentiasa memberikan task2 yang mencabar jari jemari saya ni ha..mencucuk saya dengan lagu-lagu yang jarang halwa telinga saya ni nak dengar. maka saya pun kne la berlatih bersungguh-sungguh...
    3. yang no 3 ni..sebab malas la..atau dengan kata lain..xde mud..nak menulis ni kne ada mud..ni pun keje tengah banyak..tapi semangat punya pasal..tulis tetap tulis..tengok aku punya last post 5 months ago.xleh jadi..kne la tulis jugak skit-skit..taknak hangat-hangat tahi aku sendiri jer..
    Dalam masa 5 bulan tak menulis ni, memang banyak lagu, cerita, idea yang aku nak kepilkan sekali kalau boleh..tapi tak mampu aku nak buat..nak kerah tenaga tu macam malas jer..jadi sesuai dengan nama blog ni la..pelan-pelan kayuh..apala anda semua nak expect..ye tak??Jadi..last but not least..saya sendiri, juga mewakili author-author lain..mengucapkan....SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG PELAN-PELAN KAYUH YANG BERAGAMA ISLAM!!( baca macam orang wat ucapan kat lam tv ramai-ramai)

    ni lagu raya yang aku rasa lain dari yang lain la..huhu..lau lepas nyanyi rasa kat punggung basah..ada cirit..saya tidak mau bertanggungjawab..hehe video ni cam kelaka jugak la..hehe

    Monday, August 24, 2009

    Merdeka dan Puasa


    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Tak terlambat rasanya untuk mendedikasikan ucapan selamat berpuasa kepada pengunjung blog pelan2 kayuh ni..alhamdulillah..masih bleh betahan sampai hari ni..anda semua puasalah dengan sebenar-benar puasa. Kebetulan tahun ini, puasa kita kena pula dengan bulan kemerdekaan. Puasa-puasa pun, kita tak seharusnya kurang semangat patriotiknya..Namun begitu, janganla malam merdeka nanti kondom merata di dataran merdeka, anak muda berpeleseran..kalau orang islam sendiri tak hormat bulan puasa..sapa yang kita nak suruh hormat..ye tak??

    Jadi saya nak mendedikasikan lagu merdeka yang terakhir saya rasa pada bulan ini. Dari band yang tidak perlu saya jelaskan dengan lebey lanjut..Sememangnya well-known mereka ni. Lirik yang pedas, tak takut untuk bereksperimentasi dengan lagu..sudah lama bertahan dan terus menghasilkan karya yang bagi naek darah..hoho..menampilkan pemuzik lagenda pak kassim masdor..terimalah..



    p/s : yang mp3 dia korang cari sendiri la..penat la..puasa..layan je lagu ni..

    Thursday, August 13, 2009

    Dark Ages

    The Arrival of BlackbrightdarKNIGHT….

    Glance into the blackness…..

    Hidden beneath the surface…….

    Enjoy the suffering……….

    Sanity drained in disrespect……..

    Dimmu Borgir - King of the Carnival Creation




    Greetings to all the followers of pelan2kayuh.blogspot.com…… as a new contributor of this blog, I am delighted to say that pelan2kayuh is one of the blog that is seriously discuss about music, and stuff realated to that kind of art, without any discrimination or bias I would say….

    Essentially, my writing will be in English or Malay, (as that’s the only language that I know), yet, an posting that comes from me would be in a casual mood, rather than formal, as in my view, music is a crossover between any gaps and boundaries that’s brick together upon them..

    I start my page with a quote from a very well – known metal song from a legend vibe of melodic black metal, Dimmu Borgir… As a pioneer in extreme metal, these Norwegian brotherhood had come across several enigma and yet stand strong for almost 16 years by now and had released numerous albums that consists of their interpretation of satanic, melodic and dark riffs. Formed by Shagrath, Silenoz and Tjodalv, this group has started an ep in 1994. This short EP sold out within weeks, and the band followed up with the 1994 full length album 'For all Time' in english . The initial lineup consisted of Shagrath playing drums with Tjodalv on guitar and Silenoz backing vocals, however this changed before the release of "Storm Blown" in 1996. StormblĂ„st received high praise from many melodic black metal fans, and is often regarded as a highlight of the band's career. It is also the last album which features all lyrics written and sung in Norwegian. Now, the current member of Dimmu Borgir is Shagrath as vox, Galder and Silenoz on guitars, Vortex the bassist and Mustis the drummer…

    That a little bit about the band. Subsequently, as in my opinion, the quote is somehow or rather portrayed the critical situation of our underground scene (so called indie nowadays) a few years back. The issue about Satanism, paganism, and etc has been wrongly accused towards our scene that mostly younghearted prefer rather than bullshit stuff from radio and television. Yet, it affect the whole scene as it is viewed by certain stupidious as an era of a fallen for our teenager. Playing music is black metal, listening to certain music is considered blasphemy, and even wearing a Black Sabbath shirt is considered worshipping Satan.

    Where is all these came from? As in my opinion, the backstage of all these opera is none other than the media itself. Almost every day there’s an issue about black metal, raging almost all tabloids and magazines that sell shits to their followers to read. I still remember on those days when it is almost impossible to organize a gig even though there’s no metal band in the list. This is somehow or rather I would say discrimination towards the richness of art.. Screaming is art, growling is art, screeching s art and the person who is able to do that I consider them talented because not all of us can scream, growl and screech beautifully and melodically. Music is not revolves around the good vocals like Jamal Abdillah (credit to him as the writer’s personal fav), yet, music is varied and it cares no restrictions….

    ‘Glance into the blackness’ ……

    Perhaps this is an imagery that exclusively explains the scene where it is underground and only certain people noticed and acknowledge this source of young talents. As it told us to take a glance for a while, the blackness of the scene is actually bundled with heaps of young talents producing good music and fresh vibes independently.


    That’s all for now… Mind my language… I’m waiting for any comments…..


    From:blackbrightdarknight

    Pemberitahuan : Here Come Bali..


    Assalamualaikum dan salam sejahtera..saya nak beritahu di sini..saya bukan nak hias blog saya jadi ala-ala Bali kan..tapi ada lagi satu author kat sini..Seorang yang tidak asing lagi di kedai runcit Ah Seng..hehe..memain jer bro...jangan naek darah bro..author baru adalah Encik Amir Faliq bin Bostanoordin atau lebey mesra dengan panggilan Bali. Aku yang menjemput dia menulis dalam blog ni kerana beliau ni mahir dalam arena muzik. Jadi aku sarankan dan aku harap agar dia bley menulis post-post yang tak kasik can punye nak bernapas..share ilmu skit bro..Lau nak tulis resume dia 3 post pun tak abeh. Seorang pemain gitar yang suke menelaah riff-riff hebat..setakat level aku ni..di celah-celah jari dia jer..papehal pun..selamat datang, selamat berblogging dan selamat menulis post-post yang bagi naek darah..huhu..Bali Rawkkkkk!!

    Saturday, August 8, 2009

    Root n Boots - Made In Malaysia



    Bandmembers : :ZAMRI-Solo/Shout:ACHMAD SOD-Sing/Dance:ZULFIKAR-Riddim/Rawk:RAJA IDZWAN-Base/Groove:ZULFITRI-Skin/Crash:


    Assalamualaikum dan salam sejahtera..Still post pasal merdeka lagi..pasal masih dalam bulan kemerdekaan..Sebut pasal semangat patriotik ni..tak kira la apa genre muzik yang anda suka, layan, taksub..semua pun mesti kne ada semangat cintakan negara tanah air tempat tumpah darah ni ha..kalau ari tu OAG dengan aliran alternative rock ada lagu patriotik..ari ni geng kulit kepala ataupun skinhead atau ape-ape je la anda nak panggil iaitu 'Roots N Boots' juga nak menyajikan kita semua lagu yang memang tiada persoalan tentang ke-patrioti-kan mereka ni..Lagu best, lirik tip top..Jangan ada diskriminasi genre antara kita semua ok??

    Taaruf week skit ngan Roots N Boots ni:
    1. Diasaskan pada tahun 1993 oleh 5 orang anak muda.
    2. Mulanya mereka ni main cover lagu British punkrock lewat 70an dan 80an..campur lagu band punkrock local..
    3. Tahun 1996 ramai yang klua tinggal la Achmed SodD sorang (macam mana nak pronounce nama dia?Ahmad Sood eh?)..si Ahmad ni la rekrut bandmembers baru..
    4. Mujurlah dengan bantuan beberapa kawan-kawan dari localband macam Social Reject,Oi! outfit Fighting '94 dan the legend..wait for it..dary A.C.A.B menghulurkan bantuan supaya perjuangan band ini tak berkubur begitu saja.
    5. Maka muncul la satu band dengan label 'Roots N Boots' mengorak langkah membuat show secara kecil-kecilan.
    6. Tahun 1997 menjadi era yang agak gelap bagi 'Roots N Boots' dan band yang sebaris dengannya kerana skinhead dan punkrock menjadi isu nasional..kerajaan mengharamkan segala aktiviti yang dijalankan oleh geng-geng kulit kepala ni...
    7. Alah bisa tegal biasa..dalam hiruk pikuk suasana kota..hehe cam tak kena je ayat ni..mereka berjaya jugak record 2 lagu (Made in Malaysia & We're the crew) untuk dimasukkan dalam album kompulasi "Oi! its a Malaysian League".
    8. Start dari tu lah.mereka merekod album debut mereka "Working Class Heroes"(2000) di bawah Pinn-up recs.
    9. Lepas tu..Root N Boots ni tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan terus mengorak langkah sehingga lagu-lagu mereka berjaya menarik perhatian beberapa label dari Eropah.
    10. Mereka menghasilkan album kedua mereka "young, loud and proud" dan terus berkerja keras sampai ke hari ini untuk terus memberikan kita semua hasil karya mereka yang terbaik lahir betul-betul dari hati..tengok video dia, baca lirik dan faham..download lagu lau anda nak..sume ada kat bawah.Terus Maju Root N Boot!!
    Made in Malaysia by Roots N Boots


    Hayati lirik :


    The day had gone too long
    its seem like yesterday
    this is the land we born
    and where we gonna stay

    The proud is there
    we know and its always in your hearts
    that we all stay and fly the flag
    of nation pride

    The war had gone
    and all the heroes had their way
    but if its strike again
    we know we gonna stand

    we gonna stand and fight
    we''ll die for this pride land
    we''ll show the foes
    we great coz we the countrymen

    and when u hear the call
    we know that u be there
    its for the stripe the moon and star
    coz we all proud that we was made in malaysia

    we had been raised to trust
    the god and to the king
    we gonna stand and ground
    the strengh that come whithin

    so if u think u know those feeling that is thru
    and its all for the yellow, the red,and white and blue

    we gonna stand (we gonna shout)
    this is the land (that we all proud)
    lets join the line and you know whats all about
    so if u think (you feel the same)
    raise all the flag (of our land)
    and feel the pride
    inside you know that it is thru

    we just dont care
    just who u r
    just shout it loud
    that we was made in malaysia

    Download Link :


    p/s : aku tulis skit je pasal band ni..anda ley la cari lagi info pasal diorang lau nak tau lebey lanjut..lau ada yang aku tulis tu salah maaf yer..saya budak baru blajar..


    Thursday, August 6, 2009

    Merdayka


    Radhi

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..selalu pasal merdeka ni lau anda baca kat mana-mana pun orang mesti tulis pasal sejauh manakah kita merdeka..tanah air kita je merdeka,minda masih dijajah..pasal anak muda merdeka yang makin hari makin teruk..dalam akhbar ke, majalah ke, buku teks ke, artikel-artikel intenet ke..dah la..tak payah la tulis lagi..bukan reti nak berubah pun..tah bape kerat jer yang reti, faham dan menghayati erti kemerdekaan..tu pun orang-orang yang dah tua kebanyakannya..budak-budak banyaknya lau dah abes exam tu la merdeka diorang..setan lak lau dah abes bulan posa merdeka dia..semangat patriotik untuk bulan merdeka je..patutnye tiap-tiap hari..setakat amek bendera letak kat moto,kete, lori sampai belang merah putih jadi belang merah hitam(asyik kne asap je)..baik takyah buh...kesian kat bendera tu...

    Sebut pasal bulan puasa, korang dah ganti belom puasa?sempat lagi lau nak ganti..ok..cukupla tu saya membebel..di ketika saya menulis post ni pun saya ada gak erti merdeka untuk hari ini..hehe..alhamdulillah..saya dah abes dipantau untuk praktikal fasa ke 2 saya..dan unit praktikal pun dah datang..segalanya berjalan lancar..syukur sekali lagi..

    Lagu kali ni..erm..lagu ape eh?lagu kesukaan bulan merdeka ni sah-sah la lagu allahyarham sudirman kan..haa..ada lagi sbenanya lagu len yang juga berunsurkan patriotisma..tapi tak dimainstreamkan..lagu yang dibikin oleh orang-orang yang saya fikir juga sayangkan tanah air..lirik pun boleh tahan..mungkin agak rock skit..tu radio tak main..baik main lagu indon..lagi patriotik..sama-sama menjayakan misi menjakartakan Kuala Lumpur..Mengindonesiakan Malaysia..ape-ape 'meng' je la..janji nanti anak dah besar bahasa kedua diorang bahasa Indonesia..ye tak??tv pun isnin sampai ahad mesti ada citer indon..haish...

    Ok..dah la tu..cakap banyak takde..dengar lagu ni..tengok video dia..


    Lirik :

    merdayka
    by OAG

    Darul Aman,Iman,Ridzuan,Indera Kayangan,
    Ehsan,Takzim,Naim,Wilayah Persekutuan
    Negeri Bersejarah,Makmur Dan Khusus
    Pulau Mutiara,Bumi Kenyalang,Di Bawah Bayu

    Bersatu,Berjanji,Bersumpah
    Melawan Perintah
    Menentang Penjajah
    Demi Sembilan Belas
    Lima Puluh Tujuh
    Tiga Satu OGOS
    Kita MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
    MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
    MerDAYka¡­..

    Seksa kita siapa yang peduli
    Pengganas zalim sejak Azali
    Seks, DADAH dan Rock N¡¯ Roll
    Dilema melayu di tanah Tahyul
    Cepah lorr¡­

    Payung kita satu berteduh
    Hentikanlah bunuh-membunuh
    Ikut sesuka hati Ibu dan ayahmu
    Ikut sesuka hati Ibu dan ayahmu

    Download link :


    p/s : sabarlah radhi...kalau anda btol..di penghujung pasti ada cahaya..


    Tuesday, July 28, 2009

    update blog


    Assalamualaikum..selamat sejahtera..saya dah lama tak update blog saya..mungkin kerana kekangan masa..biasalah..praktikal ni banyak keja skit..apa-apa pun saya gembira..semoga saya dapat menjadi seorang guru yang baik..insyaallah..saya takda idea nak tulis ape sebenanya..lau anda nak baca banyak-banyak..anda gi la kat link kawan-kawan saya kat tepi tu ha..diorang ada tulis macam-macam..tengok la gamba kemping saya ari tu..seronok tau...


    Mari memacak kayu..tengok cikgu zakwan wat


    Mencari arah


    Memasang khemah


    Bergayut-gayut ke tepian


    Khemah siap dipasang




    p/s : lau aku nak tulis rph(rancangan pengajaran harian) aku lam blog ok tak?takyah susah-susah cari idea

    jangan mengajar ajaran sesat

    Friday, July 3, 2009

    Secara Rambang


    assalamualaikum..1st week praktikal..aku pun xtau la nak kata mcm mn..alhamdulillah la..semua pn berjalan lancar..sekolah, cikgu dan murid semuanya ok..erm tadi ada la aku jawab skit soklan kat facebook..ada sorg friend tagged aku utk aku wat benda ni..emm menarik gak la..anda pun boleh cuba..

    THE RULES:
    1) Put ur iTunes, Windows Media Player, etc on shuffle.
    2) For each quest, press the next button to get ur answer.
    3) U must write down the song's name NO MATTER HOW silly it sounds.
    4) Put this on your journal/blog.

    1. If someone says, "Is this okay?" ... you say?
    suppose to be

    2. How would you describe yourself?
    aye seramo sie/ayam serama siam

    3. What do you like in a girl?
    hanya kau yang mampu

    4. How do you feel today?
    cinta kenangan silam

    5. What is your life's purpose?
    help

    6. What is your motto?
    episod cinta

    7. What do your friends think of you?
    untukmu sayang

    8. What do you think of your parents?
    kurnia chinta

    9. What do you think about very often?
    hello brother

    10. What is 2+2?
    maafkan kami

    11. What do you think of your best friend?
    siblings

    12. What do you think of the person you like?
    aku dan kamu

    13. What is your life story?
    the sign

    14. What do you want to be when you grow up?
    masih aku terasa

    15. What do you think of when you see the person you like?
    bat country

    16. What will you dance to at your wedding?
    sms dangdut

    17. What will they play at your funeral?
    touch my body

    18. What is your hobby/interest?
    big sur

    19. What is your biggest fear?
    scattered

    20. What is your biggest secret?
    tak tahu

    21. What do you think of your friends?
    jiwa kelajuan

    22. What will you post this as?
    lose my breath

    menghilangkan rasa bosan dan tekanan..hehehe...


    p/s : aku tggl laptop aku..tau2 dh ada video ni..ada org pakai la kot..erm jadi aku malas nak pk aku letak je la video ni kat sini..hehe..layannnn

    Monday, June 29, 2009

    Fighter



    assalamualaikum..saya tkda idea apa nak tulis update kali ini. saya pasni nak p praktikal utk sesi kedua di sekolah yang saya praktikal hari tu. SK Permas Jaya 4..here i come..saya berharap agar praktikal saya pada kali ini akan ceria seperti sebelom ini sepanjang sesi praktikal tu saya mesti penat gila tapi takpalah..orang lain pun penat jugak..lagipun saya yang nak jadi cikgu..u suka ka, u tak suka ka..saya kna jugak..kalau tak takkan saya nak jadi along..muka saya ni takdala ganas nak gi mintak utang kat orang..walaupun saya ni rock persis mustafa kamal..lau saya anak sulung mungkin saya jadi along gak..tapi tu lah..saya cakap banyak pun tak guna..bukan ada kaitan pun citer pasal nak jadi along ni..tak patut jadi cita-cita pun..jangan la jadi along eh pembaca semua..harap anak-anak murid saya pun menjadi insan berguna di masa depan..itu adalah salah satu tanggungjawab saya sebagai bakal guru dan kawan-kawan len yang bakal guru jugak..lau bakal pengantin tanggungjawab len..erm selamat berjuang semua!! trimalah lagu ni...

    video dan lirik :

    download link :

    Thursday, June 25, 2009

    Tribute to Michael


    in memories of Michael Jackson
    1959 - 2009

    Assalamualaikum..post ni ditujukan kepada king of pop yang baru meninggal. Erm bangun pagi bukak Facebook tgk ada org post "no more king of pop". Pastu tiba-tiba enset saya berbunyi masuk sms dari saudara padi..sms dia bunyi macam ni ha "oi michael jackson ko dah mati"...aku memang minat gak la ngan lagu encik maikel ni..lau nak diikutkan aku takdela membesar dengan lagu-lagu encik maikel ni..lagu dia yang mula-mula aku dengar pun adalah lagu black or white..lama pastu baru la aku meneroka lagu-lagu beliau yang lain..

    Nak cerita banyak pun tak guna..banyak yang kita kenang tentang si maikel ni..jualan album paling banyak di dunia, beratus kali kita try nak wat moonwalk tapi tak jadi, dulu kenal dia kulit hitam tapi pastu jadi kulit putih, neverland dia, videoklip-videoklip yang tengok berpuluh kali pun tak bosan..tq 4 the great music..hail to one of the greatest entertainer ever!!

    "I knew Michael as a child and watched him grow over the years. Of all the thousands of entertainers I have worked with, Michael was THE most outstanding. Many have tried and will try to copy him, but his talent will never be matched." — Dick Clark, host of the old "American Bandstand."



    antara lagu maikel yang paling aku suka :


    Man in the mirror by michael jackson (lyric)

    I'm gonna make a change,

    for once im my life

    It's gonna feel real good,

    gonna make a diference

    Gonna make it right...



    As I, turn up the collar on

    my favorite winter coat

    This wind is blowing my mind

    I see the kids in the streets,

    with not enought to eat

    Who am I to be blind?

    Pretending not to see their needs



    A summer disregard,a broken bottle top

    And a one man soul

    They follow each other on the wind ya' know

    'Cause they got nowhere to go

    That's why I want you to know



    I'm starting with the man in the mirror

    I'm asking him to change his ways

    And no message could have been any clearer

    If you wanna make the world a better place

    (If you wanna make the world a better place)

    Take a look at yourself, and then make a change

    (Take a look at yourself, and then make a change)

    (Na na na, na na na, na na, na nah)



    I've been a victim of a selfish kind of love

    It's time that I realize

    That there are some with no home, not a nickel to loan

    Could it be really me, pretending that they're not alone?



    A willow deeply scarred, somebody's broken heart

    And a washed-out dream

    (Washed-out dream)

    They follow the pattern of the wind ya' see

    'Cause they got no place to be

    That's why I'm starting with me

    (Starting with me!)



    I'm starting with the man in the mirror

    (Ooh!)

    I'm asking him to change his ways

    (Ooh!)

    And no message could have been any clearer

    If you wanna make the world a better place

    (If you wanna make the world a better place)

    Take a look at yourself, and then make a change

    (Take a look at yourself, and then make a change)



    I'm starting with the man in the mirror

    (Ooh!)

    I'm asking him to change his ways

    (Change his ways - ooh!)

    And no message could have been any clearer

    If you wanna make the world a better place

    Take a look at yourself and then make that..

    (Take a look at yourself and then make that..)

    CHANGE!




    Wednesday, June 24, 2009

    Noisette - Never Forget You





    Never Forget You - Noisettes


    Assalamualaikum..dan salam cium tangan..selamat belajar di semester baru kepada kawan-kawan yang rasa baru masuk semester baru..erm dah lama dah tak update..erm tanpa perlu saya berceloteh panjang..saya nak cerita pasal satu band..nama band ni The Noisette..skali lagi sama macam tajuk kat atas tu..okeh..

    Satu band dari England..ada 3 orang ahli..pastinya bukan wayne rooney, frank lampard dan wright phillip sebab diorang tu main bola..ok..Shingai Shoniwa(vokal & bass), Dan Smith ( guitar) dan Jammie morrison (drum)..band ni memang berbakat..lagu diorang ni pun sedap-sedap..lau nak tau dengar la..diorang ni macam band indie gak la kat england sana tu..banyak dah diorang ni dapat anugerah kat england sana tu..

    saya menulis post ni pun akibat pertanyaan bertalu-talu dari kawan saya..si Siri N(fahmi fahruzi)tu la..haish..macam ni..saya cakap ngan dia..penah dengar noisette tak?dia kata tak..jadi tiap-tiap kali saya update dia tanya..noissete ke?noissete ke?saya plak tak reti nak elaborate secara lisan..sendiri tak nak cari..pastu nak nyusahkan orang...hmmm..tapi ape pun siri N..i'll never forget u..hehe..(siri N tu panggilan khas saya untuk dia)..hehe fahmi..ko jangan marah..eh apa pukul-pukul ni..sakit laa..

    Jadi kat sini saya sertakan sekali video lagu ni..admire betol saya dengan suara penyanyi dia tu..ni saya bagi anda tengok official video untuk lagu ni..pastu anda bleh dengar lagu-lagu dia yang len kat playlist..nak download?saya terasa malas la nak upload..tengokla..lau saya rajin len kali saya buh link dia..takpun anda leh datang ja bilik saya, bawak pendrive skali..haa..takpun time anda jalan-jalan anda terjumpa saya..leh la mintak saya bluetooth lagu ni ke enset anda..enset 3310 tak mau aaaaa...tapi lau time saya nak gi mandi tu jangan la..sah-sah saya tak bawak enset..toothbrush boleh la..bluetooth tak dapat jep..ok..dengarkan..


    p/s : lau tenet anda lembab nak buffer video tu..sori la eh..dengar je lagu kat playlist tu..(ni la post yang aku tulis dalam keadaan xda mud)mahmud?

    Thursday, June 18, 2009

    Kredit untuk kawan-kawan


    Assalamualaikum..semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Cuti aku pun dah nak berakhir. Jadi post aku kali ni aku nak tulis aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti ni. Kali ni aku nak bagi sedikit kredit kepada kawan-kawan aku yang tinggal di kampung halaman. Tanpa mereka ni maka masa cuti aku tak taula apa aku nak wat..layan korek idung sampai bedarah la jawabnya..Jadi di sini aku letakkan sedikit info..macam resume keja la..haha..tentang kawan-kawan aku yang sangat aku hargai..yang memainkan peranan penting lam idup aku..yang kawan ngan aku dah 10 tahun lau tak silap aku. Dari sekolah naik basikal sampaila sekarang berkereta,bermotor dan bekerja..ada yang baru kenal tapi rasa macam dah membe dah bertahun-tahun..sama kita mengharungi susah dan senang..hehe aku tulis ni sebab aku rasa tahun-tahun lepas ni akan susah skit la nak lepak macam ni..maklum la..ramai dah abeh blaja pasni keja..pastu sah2 dah beranak pinak menambah manusia di muka bumi ni..nak tulis banyak-banyak pun memang tak terkira la penghargaan..hehe..apapun..ampa suma memang best..

    AJIS THE ORGANIZER

    Nama : Encik FakhrolRadzi Izaidin bin Kamarudin (Ajis)
    Jawatan : Penuntut di UIA cawangan Kuantan.Mengambil jurusan biomedic. Sedang menjalani praktikal di Hospital Seberang Jaya.
    Hobi : Mengumpul kawan-kawan untuk dibawa ke nasi kandar naseer.
    ability : Mengubahsuai apa yang ada di atas meja contohnya straw,kotak rokok kosong, kuah roti canai etc.
    PIDUIH THE MAF14 GUY
    Nama : Mohd Firdaus bin Yahya
    Nama samaran : Apai, king of the road, god of snooker, mafia, samseng jalanan
    Jawatan : Technician di kilang terbesar di Asia Nibong Tebal Paper Mill(x caya bukak lam buku geografi)
    Pendidikan : pemegang diploma kejuruteraan awam Politeknik Tanjung Malim, akan melanjutkan pelajar di UTHM ijazah kejuruteraan awam(tahniah bro!!)
    Hobi : menonton drama spt butakah cinta, spa q etc
    ability : mencipta keajaiban ketika bermain snuker
    NELOL THE FAMILY MAN
    Nama : Nailul ashraff bin othman
    Nama samaran : nelo, lul
    Jawatan : guru ganti di SK Sg Burung (matematik tahun 2)
    Pendidikan : Pemegang ijazah sarjana muda elektrikal UNIKL BMI
    Hobi : Membersih halaman rumah,menyusun pasu bunga, meratakan bukit, bercucuk tanam dan menangkap tikus.
    ability : Benda yang tak best menjadi best di tangan lul..hehe
    ALONG 'THE SHARKS' SYAKIR
    Nama : Mohd Syakir bin Sulaiman
    Nama samaran : Shark, Along
    Jawatan : butiran terlalu bahaya untuk didedahkan
    Pendidikan : Pemegang ijazah sarjana muda elektrikal UNIKL BMI
    Hobi : Berdiam diri
    ability : menunggang motosikal dengan kelajuan 120km/j sambil menaip sms.

    JAT THE MALAY WARRIOR
    Nama : Mohd Saiful Aizat bin Mohd Shafiee
    Nama samaran : Pendekar, cyclop, faizal tahir
    Jawatan : Research Assistan di USM Transkrian kampus kejuruteraan.Dalam proses nak wat master
    Pendidikan : Pemegang Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan mekanikal USM.(pointer matrik dia 4.0)
    ability : mampu mengurangkan kecederaan ketika kemalangan, pemegang tali pinggang kulit silat cekak..
    MUKHRIZ 'THE MAHARAJA'
    Nama : Mohd mukhriz
    Nama samaran : Mukhriz,mutex
    Jawatan: Banker Merchan bank di Bukit Mertajam Pulau Pinang
    Pendidikan: Pemegang diploma IT Kolej Poly-Tech Mara Ipoh
    Ability : Rider yang hati kering..skarang ajak dia pi KL pun dia start moto..jalan ja..barang pc ngn moto tu permainan dia dari kecik la senang cer..

    SHAFIK 'THE OAT EATER' FORWARD
    Nama : mohd. shafik bin rosli @ shuib
    Nama samaran : Forward
    Jawatan: pernah Draftman di penang development coparation consultancy
    Pendidikan: pemegang Sijil arkitektur kolej komuniti kapla batas, akan melanjutkan pelajaran di UTHM (tahniah bro!!)
    Kreativiti : Memandu dalam keadaan merbahaya, power gila guna autoCAD..
    IJOI THE AURA DUDE
    Nama : Faridzul hafifi bin che hasim
    Nama samaran : ijoi
    Jawatan: Pernah praktikal di SKF Bearing
    Pendidikan: Tahun akhir di UNIKL IPROM ijazah kejuruteraan mekanikal pembuatan
    Ability : mengedar bioaura..anda nampak energetic.. hebat dlm suma keadaan mcm pdoih kg kedah

    Mungkin ada lagi yang aku tak listkan kat sini..bukan la bermaksud aku lupa akan mereka itu..ASRUL,BOY, RAZAK, AMJAT, SHAM DAN SEMUA-SEMUA LA..tapi aku penat nak menaip..hehe..lagi satu..kurang informasi..dan yang aku listkan kat atas tu antara yang paling tegar la menjadi klik lepak di naseer untuk lebey kurang 6 tahun rasanya..start dari lepas spm dulu..nak tulis ayat ni tapi cam x rock..cam geli pun ada..tapi ampa suma punya pasai..FRIENDSHIP FOREVER!!!ahaha..segan2..

    videoklip together forever OST pokemon ni untuk anda semua nikmati..hayatilah liriknya..heheheh





    Post Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...