Klik untuk support

Wednesday, April 27, 2011

Lagu Teman by The Lion Story ft Zahidah


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ni post kedua berkenaan band The Lion Story. Ni lagu duet dia dengan Zahidah. Takdala rare mana lagu ni..tapi aku suka..huhuhuhuhu..harap anda pun suka..huyaaaaiiii...

Tuesday, April 26, 2011

Cinta terlarang by the virgin


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malas betol..nak update post pun pelan-pelan kayuh ja sekarang ni. Dulu masa zaman facebook awal-awal dulu..selalu ada orang wat kuiz..syok masa tu..banyak kuiz-kuiz yang menarik..jadi aku ada la wat satu kuiz ni..nama apa aku dah tak ingat..kuiz orang indon yang wat..lagu apa yg cocok dengan kamu..

Saturday, April 23, 2011

I Was Born to Love You by Queen

 Takuya Kimura adalah hero dalam filem Pride

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku pikir aku dah stadi abes lagu Queen..rupanya aku terlepas dengar satu lagu Queen yang awesome..malam tadi aku lepak la kt umah bujang kawan-kawan aku. Diorang pun cakap ada satu movie tajuk dia PRIDE

Friday, April 22, 2011

Mithali Cintaku by Utopia


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari Jumaat. Hari ini saya mau bagi satu lagu Rock Kapak. Mungkin la lagu ni tak berapa rare bagi peminat rock kapak tapi rare la untuk generasi sekarang. Ok..cakap banyak tade..anda layan la lagu ni..

Wednesday, April 20, 2011

Darah Muda by Mariani


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu yang nak dipost ada cerita sikit di sebaliknya. Cerita berlaku masa saya darjah 6 dulu. Time lepas UPSR saya pasti kita semua akan dibenarkan bermain sepuas-puasnya. Masa tu la semua orang men tudung botol, Pepsi Cola, batu seremban, chess, congkak dan segala macam jenis indoor game. Saya darjah 6 tahun 98. Masa tu XPDC memang naik. Album Brutal baru kluar lebey kurang setahun. Pastu XPDC ni la aku rasa start wat cover-cover lagu 60 an. Jadi, kawan aku bagi la aku satu kaset Metal 50 60 an. Ada la selit satu lagu..darah muda tajuk dia..

Aku selalu nyanyi lagu ni ngan arwah pak cik aku. Mesti rewind banyak-banyak kali lagu ni time nek keta ngan dia. haa lagi satu..sampai sekarang aku tak pulang kaset tu kat membe aku. dah pegi mana aku pun tak tau. Sori Padil..

Selama aku idup, aku asyik dengar yang versi XPDC jer..untuk aku memang diorang cover lagu tu bagus gile..so..semalam aku terpikir nak tau macam mana versi asal dia..cari kat yutiup..jumpa..Penyanyi asal Mariani..lagu ciptaan Kasim Masdor..layan...

Saturday, April 16, 2011

Tribute to Ari Wibowo

 Ari Wibowo



 ni bukan Ari Wibowo..ni Radhi OAG..hahaha..sama tak?sama tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengaruh lagu Indon ni memang dari zaman dulu dah melekat di jiwa rakyat Malaysia. Antara lagu yang malar segar tentulah lagu Madu dan Racun..dari tag team Bill & Brod..penyanyi utama dia tentulah tak lain dan tak bukan Ari Wibowo.

Wednesday, April 13, 2011

Kristina She Dont Know i Exist by Catch 22


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu hari ni..dah bertahun dah dalam simpanan hardisk aku. diperkenalkan oleh sorang membe kira-kira 6 tahun dulu. Lama sangat dah tu..tapi aku terlepas pandang nak update. Lagu pasal dia suka kat awek ni tapi awek tu pun tak penah kenal dia..huhuhu..best..serius lagu ni best..Nama band Catch 22. American Ska Band..info dia lagi anda google sendiri di mana-mana tempat anda wifi sekarang..layanzzzzz...

Tuesday, April 12, 2011

The lion story - kucing kemari

Assalamualaikum dan salam sejahtera. The Lion Story..inilah nama band itu. Band ini asalnya dari Kota Singa. Mungkin dari situlah band itu mendapat nama.  Band yang tengah faymes kat Singapura. Malas rasanya nak menaip pasal info band ni..anda bleh la google di mana-mana tempat yang ada wifi sekarang..tulis panjang-panjang anda nak bacakah?hahahaha..ok..layan la lagu ni..

Monday, April 11, 2011

Queen - Dont Stop Me Now versi kelako + Osem Bak!

Ok..itu hari aku post pasal lagu ni dalam version fast and loose.Ari ni ada sorang mamat nama Jerry Philip wat cover lagu ni guna tangan wat bunyi macam kentut. Dia berpengalaman wat menda ni selama 38 tahun.. Asalnya saya nak amek yang dia wat lagu Bohemian Rhapsody..dengan ekspresi muka yang memang kelaka abis..dia bleh buat dengan goreng skali..betulllll....yang tu lagi osem..sampai Brian May(Lead Guitar Queen) pun komen video dia..

Sunday, April 10, 2011

Shark in The Water by VV Brown

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagu ni saya dapat dari satu episod cerita House season 7. Saya memang minat cerita House ni. Kiranya sampai season 7 dah la saya layan. Dalam episod  10 rasanya..ada lagu ni..untuk saya menarik untuk didengar..catchy sekali..layan la ea..huyeah...

Saturday, April 2, 2011

Negeri Ngeri by Marjinal

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini ada satu band dari Indonesia. Beberapa tahun dulu disuggest suruh dengar oleh sorang rakan. Lagu sekeras kerikil. Best. dan liriknya penuh makna. Lagu ini untuk orang Indonesia tapi situasinya mungkin telah atau akan jadi Malaysia. Mungkin ini luahan hati golongan kelas pertengahan atau kelas yang lebih bawak. Dengar lagu, paham sendiri liriknya..enjoy..

Post Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...