Assalamualaikum...cuti ni..rajin la saya update blog ni..sbb saya boring..erm..ok..hari ni saya nak bagi satu lagu..dari kumpulan yang cukup faymes..tapi dah diam membisu..yang bagi saya..lagu-lagu kumpulan ni fenomena jugak la untuk rakyat malaysia..rasanya, kumpulan ni lebey kurang sama dah dengan kumpulan search,wings..sebab mereka ni memang mantap..mcm yang suma tau..dulu penyanyi dia mamat..yg nyanyi untukmu ibu tu ha..masa tu saya tadika lagi..jangan citer la..punya faymes lagu tu..mamat pun turut sama faymes..pasal kehidupan peribadi dia..saya tamau amek tau..sebab baca paper ka,tengok melodi ka..kita dah tau..yang pasti..kita layan lagu ni..vokal mamat ngan ezad..dua-dua pun mantap..nak nyanyi karaoke lau lagu alasanmu tu..cirit jugak..samala lagu-lagu mamat pun..yang penting..lagu depa best..mendayu maut...hehe..ok layan lagu ni..ditujukan kepada semua peminat mamat dan exist..
Thursday, December 9, 2010
exist - anugerah
Assalamualaikum...cuti ni..rajin la saya update blog ni..sbb saya boring..erm..ok..hari ni saya nak bagi satu lagu..dari kumpulan yang cukup faymes..tapi dah diam membisu..yang bagi saya..lagu-lagu kumpulan ni fenomena jugak la untuk rakyat malaysia..rasanya, kumpulan ni lebey kurang sama dah dengan kumpulan search,wings..sebab mereka ni memang mantap..mcm yang suma tau..dulu penyanyi dia mamat..yg nyanyi untukmu ibu tu ha..masa tu saya tadika lagi..jangan citer la..punya faymes lagu tu..mamat pun turut sama faymes..pasal kehidupan peribadi dia..saya tamau amek tau..sebab baca paper ka,tengok melodi ka..kita dah tau..yang pasti..kita layan lagu ni..vokal mamat ngan ezad..dua-dua pun mantap..nak nyanyi karaoke lau lagu alasanmu tu..cirit jugak..samala lagu-lagu mamat pun..yang penting..lagu depa best..mendayu maut...hehe..ok layan lagu ni..ditujukan kepada semua peminat mamat dan exist..
Monday, December 6, 2010
ikhlas dariku by akil hayy
Assalamualaikum. saya nak mengucapkan salam maal hijrah.selamat tahun baru kepada muslimin dan muslimat, pengunjung blog ni. semoga tahun baru kita ni diberkati.lau boleh tahun ni lebih baik dari tahun lepas. tahun ni kita berhijrah..ke arah yang lebih baik. syukurlah dengan nikmat yang diberikan tuhan. jadi di sini, saya sampaikan sebuah lagu nasyid dari akil hayy kepada anda semua.lunak dan merdu suara beliau..dia pn berhijrah dari kumpulan rock ke menyanyi nasyid..ala..yg pasal kontroversi dia tu letak tepi la..hehe..saya bkn peminat dia sgt..tp lagu dia best..ok la..semoga kita semua mendapat keredhaan dari Allah..
p/s : hensem btol akil hayy ni..hehehehe..saya ada kawan sorg muka cam akil hayy..hehehe
Saturday, November 27, 2010
something about the way you look tonight
Assalamualaikum.tidak banyak yang saya mau katakan..cuma berharap anda semua dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya. Lagu dari Elton John..bagaimanakah anda kelihatan pada malam ini?hensemkah?comelkah?serabaikah?..bagaimana anda kelihatan pun pada malam ini..anda semua harus hentak meja kuat-kuat dan jerit.AKU AWESOME!!itu salah satu tips untuk meningkatkan keyakinan diri..tahukah anda pada masa muda elton john cam justin timberlake?tp itu semua tidak penting..it's something about the way you look tonight..
Sunday, November 21, 2010
In The Lap of The God
Salam. apa kabar semua..ari ni saya tak mau tulis banyak-banyak..dengar je lah lagu ni..dari Queen..hehehe..tak abeh-abeh dengan Queen..huhuhu..lagu ni menampilkan kehebatan vokal Freddie..tak caye korang nyanyi ar sendiri..
Dalam band ni semua pun boleh nyanyi..tapi Freddie la yang terbaek..lau tak xdela dia jadi vokalis..ni quote kata-kata Roger Taylor(Drummer Queen)
"I hit all the high notes, Brian hit all the low notes, and Freddie hit well...all the notes!"
masa Freddie muda..
masa Freddie dah tua..rasanya tak lama sebelom dia dapat tau dia HIV positif :
Friday, November 12, 2010
Friends will be friends...
salam..biar ar aku cer skit2 la pasal hidup aku..aku amek pasal fasa menjadi student..banyak tempat aku belajar..apsal aku nak cerita?sebab dalam masa lebey kurang 2 hari saja lagi..aku akan menamatkan pengajian aku sebelom melangkah ke alam perkerjaan..ok..aku tanak cerita pasal tempat blaja aku yg lain skrg..aku nak cerita pasal tempat belaja aku kat maktab..kenapa?sebab aku blaja kat maktab 5 thn setengah..believe it or not..dengan classmate yg sama selama 11 semester..foundation aku kat institut pendidikan guru tun hussein onn, batu pahat dan degree aku kat institut pendidikan guru temenggong ibrahim, johor bahru..5 tahun stengah aku blaja kat johor..
kawan baik aku kat batu pahat dulu merangkap line up band kerandut emas..
kna prank besday aku kat sekolah..tengah tu guru besar tepi dia partner praktikal aku
budak kelas aku..sumpah aku mesti rindu korang sangat..
konsert keroncong emas..
geng men snuker,lucky..korang memang best gile..
ni kawan-kawan slalu aku lepak makan malam..terbaek..
ni line up band aku yang asas...
ni time aku belajar kelas renang dulu
ni time aku praktikum yang 1st dulu..tq sk permas jaya 4
ni time aku praktikal kali ke 3 ngn partner2 aku..trimas sk kompleks uda
ni rumet aku...
ni time aku g battle of the band antara maktab
ni team bola batch aku..
aku tak reti nak setting gamba jadi cun2 je..klik kt gamba lau nak tgk penuh..hehe
ni antara orang yg byk telibat lam kehidupan seharian aku, aktiviti2 seronok yang aku buat kat maktab yang akan aku kenang sampai aku mati..orang kata 1 gamba bleh bagi seribu pekataan..dah cukup banyak aku rasa..byk lagi lau bleh nak letak tp ni blog..bukan album gamba..gamba2 ni la pengubat rindu lepas ni..yang lain..kita sandarkan pada kenangan...friends will be friends..korang mewarnai hidup aku kat sini..aku doakan semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat..moga kita berjumpa lagi..
p/s : dah 2 3 post dah asyik aku menyimpang dari matlamat utama blog ni..asyik cerita pasal perasaan sendiri je ape cer ni..mgkin nak kna wat lg satu blog cerita pasal sendiri je..kne memurnikan balik blog ni nnt..sorry guys..wuhuuuu..
Friday, October 29, 2010
Beautiful by Wayne Brady
Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam satu dua..macam mana dengan ujung mggu anda semua?ok tak ok?kalau tak ok tu jangan kelua la..duk bilik men pesbuk lagi bagus la..kulit pun tak kena panas..kalau kena panas..hilang la segala beatiful tu..haa..sapa cakap kulit gelap tu tak beatiful?tengok beyonce rasa macam nak makan je..nyum3..adeh..melalut..
Ok..anda pernah tengok whose line is it anyway tak?dulu time malam zaman sekolah dulu aku slalu tengok siri ni..dalam siri ni..ada sorang je kulit itam..tu yg nampak obvious skit..rancangan ni memang kelaka..walaupun kadang-kadang susah nak faham apa yang diorang cakap..sebab ye la..lawak tempat diorang..tapi apa yang aku boleh katakan diorang semua ni memang talented..
selalu ada slot nyanyi-nyanyi dalam siri tu kan?yang paling best nyanyi tu sapa lagi..yang kulit hitam tu la..wayne brady..suara dia memang sedap..jadi tak hairanlah dia ada wat recording..aku tak tau la dia ada album sendiri ke tak..aku lak sekarang selalu duk layan siri whose line tu skrg..ada letak link si wayne tu nyanyi..tajuk dia beautiful..korang ley dengar..baca lirik dia..pastu nanti korang bagi la kat awek korang..haaaa...layan la ea..selamat berhujung minggu..bye..
p/s : suara dia mcm brian mcknight kan?huhuhu
Wednesday, October 27, 2010
Eternity by Robbie William
Hai semua.apa khabar..harap korang berada dalam keadaan sehat sejahtera dan ceria selalu. Saya sekarang ni lebih banyak berfikir..tetapi tidak menterjermahkan idea saya dalam bentuk tulisan mahupun sama ada dalam bentuk status facebook, twitter ataupun blog. Lagipun kalau nak tulis dalam blog, blog saya pun cerita pasal muzik saja. Ok..cukuplah jadi melayu yang suka berkias-kias dan straight to the poin. Amboi..sampai merojakkan bahasa la saya ni. ok..poin saya..fokus..
Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah memang dah jadi lumrah untuk kita semua tulis macam-macam melalui medium yang kita pikir sesuai. contohnya saya mau tulis pasal lagu dalam blog saya. ada orang mau tulis pasal politik dalam blog mereka..ada orang mau tulis pasal diri sendiri dalam blog mereka.perkara ini juga boleh diaplikasikan dalam rangkaian sosial seperti yang paling faymes sekarang ni apa lagi. Facebook la..
Ada perkara yang patut kita tulis dan ada perkara yang tidak patut kita tulis. perkara pertama yang tak patut tulis ialah hal ehwal rumah tangga(bagi yang dah berkeluarga)..maksud saya di sini lau gadoh laki bini tu watpa nak tulis..takpun kapel yang begadoh..ala..menari-nari la bulu ketiak lau baca..sumpah meluat.pastu tulis pulak laporan setiap minit..sayang,sampai ati u wat i mcm ni..mcm ape?mcm fak lau aku baca.eh..enset ada..pakai la..takda duit nak topup meh amek duit aku.
kedua..lau ada tak puas ati terhadap individu tertentu contohnya tak puas ati ngn minah mana-mana sebab dia kacau kau punya bf..tak payah la wat wall post..semua orang boleh baca la gile..penat si Mark tu perah otak bikin aplikasi chating, inbox msg..supaya lebih privasi..tak pun macam ni la..terutama untuk lelaki..kalau ada telur..hadap je la depan-depan..apa benda la tulis-tulis kat facebook la, tweeter la, blog la..cuba setel dengan cara yg paling betamadun la..negotiate apa yang patut..untuk menjernihkan lagi keadaan..
Ok..cukup la tu kot..aku pikir facebook, tweeter apa benda semua tu sebenanya untuk memudahkan kerja-kerja seharian kita..bersosial in a proper way..mengeratkan silaturrahim cari balik kawan yang dah betahun tak jumpa..ngorat awek mana yang patut..seronok-seronok bahan membe(mengikut limit yang ditetapkan)..bukan aku hentam kau, kau hentam aku balik..aku rasa tak cukup aku panggil kawan aku hentam kau, kau panggil kawan kau hentam balik..dari A lawan ngn B masuk pulak C D E F G yang takda kaitan..kan dah melarat..macam sial la aku rasa...ala..masing-masing bukan bagus pun(termasuk diri aku sendiri)..masing-masing jaga rumah tangga sendiri dah la..takyah la nak bagi satu dunia tau..
Panjang sangat dah ni..lama dah aku rasa tak tulis panjang-panjang cam gini dan aku rasa ni antara post paling penuh ngan emosi dari aku.haha..benda ni tak berlaku kat diri aku pun tapi aku sedih melihat senario menjengkelkan ini.Sampai la aku tulis benda ni yang memang lari langsung dari tema blog aku. harap aku sendiri pun sedar dan dapat menyedarkan orang lain(walaupun berapa kerat je nak baca)..hahaha..dah la..jom?pegi mana?pegi jahanam dengan semua tu..selamat..jaga diri semua..hah..ni lagu yang memang takda kaitan ngan post aku..
p/s : kadangkala aku pikir facebook adalah pepatah moden untuk "baling batu sembunyi tangan"..taip je berani..hehehehe..maafkanlah aku lau ada yang terguris..aku juga manusia biasa yang tak lari dari buat silap..
Friday, October 22, 2010
Hingga ujung waktu
Salam. saya sgt sukar untuk tido semenjak dua menjak ini. tidak tau apa yang menganggu pemikiran ini. tido di waktu yang sepatutnya tido. perasaannya bila anda tak dapat tido sgt tensen.sekali dapat tido maka berjam-jam lamanya. lagu ni memang takda kaitan dengan apa yang saya tulis..entahlah..saya hanya mau letak lagu ni..itu je..
p/s : jarang aku letak lagu indon..lau aku letak tu..kira aku tol2 suka la tu..huhu..
Wednesday, October 6, 2010
No more you by akon
Assalamualaikum.single baru dari akon..release pada tahun ni..ok..lagu ni track blakang dia pakai lagu stand by me..lagu stand by me memang popular la.penyanyi asal dia Ben E king..banyak yang pernah wat cover malah legendary John Lennon skalipun..pastu lagu Beautiful Girl dari Sean Kingston tu pun pakai lagu ni..kali..abang akon plak..tapi diberi nafas baru dan diberi tajuk No More You..enjoy!
trivia :
nama betul akon ialah Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam..percaya atau tidak?google sendiri..
Wednesday, September 29, 2010
queen - spread your wings
Pakcik John Deacon
ni lagunya :
Nak donlod MP3 dia copy link video kat Mp3ify.com..pandai-pandai la ea..
Tuesday, September 28, 2010
Monday, September 20, 2010
When I need you
Assalamualaikum. Tak terlambat lagi mau ucap selamat hari raya..macam mana raya korang semua..awesome ke tidak..harap biarla awesome. Terima kaseh pada semua yang mengucapkan salam aidilfitri pada saya. Lagu yang saya mau kongsi dengan kamu-kamu semua pada hari ini bertajuk When I need you. Korang mungkin pernah dengar lagu ni..tapi korang mungkin pernah dengar yang Leo Sayer nyanyi, Rod stewart..ramai lagi nyanyi..tapi sapa penyanyi asalnya?
Ok..sini saya kenalkan Encik Albert Hammond..dia la penyanyi asal lagu ni..Lagu ni untuk saya memang best..lagu slow..layan syahdu-syahdu..dan apa yang lebih menarik..kumpulan black dog bone juga pernah wat cover untuk lagu ni..dalam Bahasa Melayu..black dog bone ni slalu faymes time raya dengan lagu raya sedih mereka..tapi vokal awesome Jatt memang tak bleh dipertikaikan..mereka banyak wat cover-cover lagu omputeh yang dimelayukan..contoh lainnya lagu khayalan yang seterusnya diberi lagi nafas baru oleh Ruffedge dan VE..
Ok..tak mau celoteh panjang lagi..saya letakkan kat sini beberapa variasi lagu when i need you ni untuk halwa telinga anda semua..saya harap anda terhibur..sekian terima kasih..
sapa yang lebih bagus..sapa yang lebih anda suka..pilihan terletak di telinga anda..telinga kitapun berbeda..ada yg capang,ada yang terkelepet..tidak ditujukan kepada sesiapa..cuma jelak tgk komen-komen kat youtube yang sering bergadoh mengatakan orang ini lebih bagus,artis ini lebih bagus..tak kira la komen org melayu ke,org putih ke,indon ke..suka btol begadoh kt tmpt komen..lau suka dengar,lau tak suka klik je tanda pangkah di penjuru atas kanan tetingkap anda..haha..ok selamat mendengar!have a nice day...
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA
Kepada semua pengunjung blog pelan-pelan kayuh..ade ke pengunjung?haha..tak kisah la..di sini saya nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..terlebih tekurang mintak halal..dah nak ucap raya..mesti la ada lagu raya..sini saya letak satu lagu raya baru..bukan lagu yang common untuk raya saya pikir..huhu..unik gak la lagu raya ni..lagu melayu..tiba-tiba ada next aidilfitri..haa..tu la tajuk lagu dia..next aidilfitri dari Bittersweet..video kat youtube takda lagi..jadi saya letak download link..ok?fair and square?cewah..cam ada bunyi 60an skit.aktivis-aktivis bahasa melayu mesti tak suka lagu ni sebab rojak ngan bahasa inggeris..apa-apahal pun..raya takmo marah-marah ok?
dengar weh lagu ni..best..hehehe
Tuesday, August 24, 2010
Kawan
Great friends
Assalamualaikum. saya nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang rakan saya yang telah mengadakan sambutan hari lahir saya yang ke 24 itu hari dan semua org yg wish..tak kirala anta sms ke, wall post kt pesbuk ke..Padi, Akem, Kucai, Metong, Jaka, Bily, Pacat, Wardah, Dayah, Lea, Zam, Farah dan mana-mana nama yang tak disebut...saya bukan lupa tapi saya tak larat nak taip semua. Jadi saya letak la lagu Kawan dari Plague of Happiness ni..ada petikan lirik lagu ni yg menarik perhatian saya..
"Sudah 24 tahun
Ilmu didada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun"
Macam masuk je ngan umur aku yang dah 24 tahun ni..dah tua dah..lau keta umo 24 tahun..dah tahap buang lam sungai dah..hehe..apapun harap aku akan bertransformasi ke arah kebaikan..
Saturday, August 21, 2010
Duke of earl
Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa. Lagu old skool abes saya bagi korang. Penyanyi dia nama Gene Chandler. Harmoni dia tebaek..biasala..standard lagu zaman 50 an dulu..yang best dia ska pakai mantel masa nyanyi..haha..Saya tengah boring sbenanya ni. Anda semua jaga diri baik-baik ya. Jangan nakal-nakal. Selamat ;}
ni masa dia muda :
ni dia dah tua..tapi sora menten
p/s : layan la lau anda bosan tu..
Monday, August 9, 2010
yang ku bekalkan untukmu~
Assalamualaikum. Saya mc 3 hari kerana kecederaan ketika perebutan bola di udara petang semalam. Kesakitannya..nampak bintang saya cakap ngan tuan doktor tu..sebab sakit sangat kan?ujar doktor tu..ok..tu cerita saya..saya ingin berikan sebuah lagu untuk semua. betul la..sesetengah lagu sedih..tak jadi sedih..sebab penyanyi tu tak feel betul-betul..ni lagu yang memang penyanyinya pada pendapat saya memang tone yang dikeluarkan bleh tersiat-siat la ati..huhuhu..untuk pemuzik juga..tone mereka berbeza..feel lain..walaupun men lagu yang sama..tapi tak sama untuk pendengar..ok..cukuplah tulisan panjang-panjang saya..layanlah lagu ni..dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad..CINTA..
ni ada sorang wat instrumental lagu ni..style jugak..
Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.
Saturday, August 7, 2010
cinta tak sehaluan
Assalamualaikum. sudah masuk bulan Ogos..yaa..bulan Ogos..entry kali..untuk seorang kawan. Masa saya sekolah. akak saya suka dengar satu lagu..ape jiwang sangat saya cakap. cinta tak sehaluan tajuknya..kumpulan Q-face?dem..ni mesti satu lagi yang sama cam newboyz ngan boboi la ni..beci aku..Lama-lama dah ari-ari dia pasang..maka saya pun menjadi layan lagu tu. takpelah..hehe..
Kemudian saya abis bersekolah..saya dapat tawaran belajar di maktab di batu pahat..maka saya daftarkan diri. jumpalah ramai orang yang kini jadi kawan-kawan saya. termasuklah seorang ni..masa tu dipanggil senior ke bilik untuk sesi suai kenal (suai kenal la sangat). erm..ada sorang cakap..dia ni artis ko tau..tengok pada fizikal pun..ah sape dia ni..tapi mengapa ada orang mendakwa beliau artis..
dia gitaris kumpulan Q-face katanya..hurm?bia btol..ni la kumpulan yang akak aku minat tu..memang btol la..tapi kenapa jadi cikgu..semenjak ari tu aku lepak bersama beliau..main gitar bersama..banyak juga yang dia ajar..macam-macam aktivitilah..erm..sehinggalah dia abeh belajar dan aku sampai sekarang pun tak abeh lagi..dia pun dapat posting..di jb..
satu hari dia balik ke batu pahat..aku pun baru balik dari perak..dia ambil aku di terminal..wah..kereta baru..lepak dan lepak..jom jamming?betul?tapi tak cukup kaki la..dia pun cakap..takpe..aku ajak budak band aku..erm..tapi penyanyi je la takde..takpe..layankan je..dah kumpul sume..jamming la..tapi tak sangka..itu jamming terakhir beliau..terakhir aku bersama beliau..
Malam 20 Ogos 2006..dapat sekeping mesej..beliau sudah tiada..setelah bertahun-tahun bergelut dengan sakit..20 hb ni dah genap 4 tahun dah dia takda..kejap je..alfatihah buat arwah hafizi bin bakhir a.k.a angah Q-face..
ni ada baru punya version yang penyanyi dia wat balik..
Wednesday, August 4, 2010
whiskey in the jar
Thin Lizzy
Metallica
Okeh..nama band..jeng jeng jeng...Metallica..semua orang pun tau kan?haaa..tapi lagu whiskey in the jar ni?erm bukanlah lagu diorang sebenanya..lagu dari album garage inc. ni sbenanya diorang wat lagu-lagu cover..asalnya dari kumpulan thin lizzy..okeh...jujurnya memang lah yang metallica punya version lagi best..tapi lau korang tak sependapat..saya letak kedua-dua version sekali untuk tatapan semua okeh?haaa..moh kite??
hehehe..memang jauh lari dua-dua version ni..yg thin lizzy punya oldies mampos..huhu..retro..sungguh retro..dua - dua pun awesome!
p/s : ada tak t shirt jual ada tulisan Thin Lizzy tu?bapak style..
Cadangan : Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.
Sunday, August 1, 2010
Untuk Dia
Salam. satu hari saya pergi makan sama rumet saya encik Jabar. Sedang makan saya dengar satu lagu yang rentaknya sangat menarik perhatian saya. Maka saya pun cari..huhu..jumpa juga..lagu dari Duo Singapura yang selalu buat lagu-lagu cenggini. bikin perasaan saya dibuai-buai. huhuhu..ok..layanlah yer..kalau suka beritahu kawan..UNTUK KAMU...
Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.
Tuesday, July 27, 2010
impersonator
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ok..akhir-akhir ini bumi jb ni hampir setiap hari dicurahi hujan..menyidai baju di luar pun kadangkala merisaukan kita...tp hujan itu rahmat dan kita harus bersyukur. ok..apa impersonator ni..ok..maksudnya lebih kurang cam gini la..orang yg suka tiru artis, selebriti atau sape-sape la yang diorang nak. contoh yang selalu kita tengok orang tiru King of Pop..RIP MJ..
Kalau anda mengikuti perkembangan blog saya atau mengenali diri saya dengan dekat..cewah..bukan main ayat..anda tahu saya suka Queen..terutama frontman beliau..Freddie Mercury..rasanya post pasal Freddie dan Queen la paling banyak..hehehe..jadi satu hari ada la kawan saya tunjuk kat saya satu video ni..memang la saya tekejut till my jaw fell to the floor..mamat ni sejibik terus dengan mendiang abang Freddie yang disayangi..diorang ni gi audition Australia Got Talent..yang jadi menarik lagi..bukan sorang je..diorang try copy satu band..memanglah awesome..gaya nyanyi, lenngok tubuh..semua-semuala..jom kita nonton..
Freddie sebenar :
Ni yang tipu punya, bandingkan..huhu :
antara komen-komen yang menarik di yutiup :
"Shit... If I saw him on the street, I'd think it's him(freddie)... Wish I did. I'd freak out! Makes me sad actually..."
"Oh man, I'm a huge Queen fan and this guy's looks&steps (and even ticks) is TOTALLY Freddie. XD"
"holy...holy shit, r u sure ur not him?" - XRosyBladeAlchemyX
antara komen-komen yang menarik di yutiup :
"Shit... If I saw him on the street, I'd think it's him(freddie)... Wish I did. I'd freak out! Makes me sad actually..."
"Oh man, I'm a huge Queen fan and this guy's looks&steps (and even ticks) is TOTALLY Freddie. XD"
"holy...holy shit, r u sure ur not him?" - XRosyBladeAlchemyX
Saturday, July 10, 2010
cryin' by aerosmith
Salam. kalian semua sihat?ok..sini ada satu lagu jiwang cinta kecundang untuk anda semua dari band yang popular dengan lagu i dont want to miss a thing. Aerosmith laa..sape lg..jangan kata anda semua tak tau. Macam biasala dalam sesebuah band ni..yang paling faymes dan menyerlah adalah vokal. lau dalam band ni sapa lagi lau bukan steven tyler..masih awesome..sama la dengan bandmate dia yg len yang tak mengenal erti tua. ok.. enjoy lagu ni..
ps : nak donlod video korang g la keepvid.com..nak jd mp3 pegi la mp3ify.com..
Wednesday, June 30, 2010
Tatasuria
Saya tengah waktu break ni.japgi kul 1015 sambung kelas lg. huhu..biasala kan..student. harap kalian enjoy dengan kehidupan kalian sekarang. Tatasuria ni tajuk lagu acik spin dan nana..itu hari cuti saya gi karaoke sama kawan-kawan saya di kampung. sekali azis pegi amek lagu tatasuria ni. tu la 1st time saya dengar. tribute to acik spin katanya. dengar dan enjoy ya. ok. kalian jaga diri k..
alfatihah untuk arwah acik.
Tuesday, June 29, 2010
budi baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera. kalian semua sihatkah?Lama saya tidak update sebab saya takda mood nak menulis. macam biasalah..semangat yang ada pasang surutnya. dah semester akhir belajar di sini dan saya tak pikir banyak perkara baik berlaku dalam dua hari ni tapi tu suma warna warni kehidupan..layan je..harap semua berakhir tak lama lagi. ok..harap anda semua dapat doakan kejayaan saya. kalian semua pun jaga diri baik-baik ya. ok..enjoy lagu ni.ditujukan untuk kalian dan diri saya sendiri. banyak pengajaran. dari album baru xpdc yang menampilkan line up asal. reunion la lebey kurang. enjoy..ada lirik disertakan. video bawah skali..
Rasopariso
Rambut samalah hitam bila dipandang
Tapi belumlah tentu sama warnanya
Di dalam tiada gambaran
Di dalam penuh dugaan
Walau apa telahan ada batasnya
Biarlah berpada kita amalkan
Hati perlulah dijaga
Rukunnya sepanjang masa
**Perlulah bergandingan sepanjang zaman
Apa yang akan datang tetap bertahan
Biar pun susah bertamu
Akulah rakan taulanmu
*Tak perlu mendabik dadamu yang sempit
Tunduk bak padi semakin berisi
Merendah tiada rugi
Dunia pun senang hati
Larilah ke depan mengejar impian
Hitam yang semalam jadikan sempadan
Kitakan orang harapan
Tak lekang hulurkan salam (Hoooooiiiii...)
Rasopariso dalam hati...
Rasopariso tiada henti...
Lagu : Izo XPDC
Lirik : Azam Dungun
Tapi belumlah tentu sama warnanya
Di dalam tiada gambaran
Di dalam penuh dugaan
Walau apa telahan ada batasnya
Biarlah berpada kita amalkan
Hati perlulah dijaga
Rukunnya sepanjang masa
**Perlulah bergandingan sepanjang zaman
Apa yang akan datang tetap bertahan
Biar pun susah bertamu
Akulah rakan taulanmu
*Tak perlu mendabik dadamu yang sempit
Tunduk bak padi semakin berisi
Merendah tiada rugi
Dunia pun senang hati
Larilah ke depan mengejar impian
Hitam yang semalam jadikan sempadan
Kitakan orang harapan
Tak lekang hulurkan salam (Hoooooiiiii...)
Rasopariso dalam hati...
Rasopariso tiada henti...
Lagu : Izo XPDC
Lirik : Azam Dungun
Monday, May 31, 2010
hujan airmata
assalamualaikum. sekarang ni lau anda penduduk bumi lagi-lagi lau orang islam mesti tau cerita pasal kapal nak gi anta bantuan kat Gaza tu. ok..nak cerita pun..cerita pasal Israel ngan palestin ni memang dah lama dan tak abis-abis (akan habis..pasti..tapi tak tau lg)..lau dh nak abes cerita pasal israel palestin ni tandanya dah dekat sangat la nak kiamat tu. tah aku sendiri pun hidup ke tak lagi masa tu. ok..yang penting sekarang ni..kita sebagai sorang islam..doakan, hulurkan tak banyak pun..sikit..mana yang boleh..hayati lagu ni..penuh makna..aku update ni sambil dengar penerangan MLM dari org aku xkenal langsung..nak kata aku benci MLM sama dengan aku benci Yahudi laknatullah..melampau sangat kot...tp lebih kurang la kot..sambil-sambil tu layan la lagu ni..kita doakan kapal yg nak bantu tu selamat sampai...
al fatihah utk Loloq yg tulis lirik ni...
Tuesday, May 25, 2010
runnin (dying to live)
Salam. erm rasanya kerja macam banyak. file sana file sini..siti sana situ sini..tapi apakan daya..rasanya macam-macam hal yang bantutkan wat keja. jadi curi masa kejap. saya tulis sikit. memang mau tulis sikit ya. ari ni kita mau layan tupac sama biggie..lagu ni dh lama dah..tapi macam biasa. baru nak muat naik kat sini. hah..2 legend dalam dunia rapping-rapping. best jugak ni..lau anda semua dengar cam tak best..nasib la..dua dua orang ni pun mati terbunuh..cari la cerita pasal mereka berdua ni. banyak ada di internet sana..yang penting skarang kita mesti mau dengar lagu ni dulu pastu enjoy..yer know what i'm sayin'?nak donlod korang g la keepvid.com..nak jd mp3 pegi la mp3ify.com..
Sunday, May 23, 2010
post time serabut..
Salam. pukul 1:42 pagi. esok exam last paper. PJM3116 penyelidikan tindakan 1. risau, serabut..bukan pasal exam sangat pun. dari umur 7 tahun amek exam sampai sekarang..rasanya dah takde nak serabut ape sangat pun..tapi problem tepi-tepi tu. memang sekarang rasa dah tak semangat bak nak belajar. setiap hari pun cari motivasi nak mewujudkan semangat dalam diri ni. cepatla abis. penat sangat dah ni..hari-hari pun cakap..dah 5 tahun dan..5 tahun boleh sabar..takkan la sekejap je lagi tak boleh..slalu sangat la rasa mcm ni time ujung2 sem macam ni..
apa pun..ni la hitam putih kehidupan..saat-saat yang sesuai nak refleksi..mana yang kurang, mana nak perbaiki, mana nak kna tambah..
kne profesional..masalah sampingan letak tepi dulu..setel apa yang patut..lepas tu bleh senyum dan bila orang tanya ok ke tak..bleh cakap..'yeah..i'm good'..
freddie mercury - the great pretender..enjoy ea..
Wednesday, May 12, 2010
the show must go on..
Salam. lama saya tak update blog..erm kebelakangan ini..moral serta semangat saya agak tidak stabil..naik mendadak dan cepat pula jatuh menjunam..tapi itu saya anggap perkara biasa dalam kehidupan..saya maseh optimis dengan hari esok dan hari yang mendatang..saya tau..ada dalam kalangan orang sekeliling saya juga ditimpa masalah..tak kira masalah besar atau kecil..kita mesti positif..sentiasa berdoa supaya dipermudahkan kehidupan kita..apa yang berlaku..apa yang terjadi..the show must go on..
haa..jadi lagunye mestila the show must go on juga..lagu ni xpernah ada versi live sbb masa ni dia dh hampir di penghujung..abang freddie masa ni dah tau dia nak mati..tapi dia sorg yang berfikiran positif dan optimis..janganlah kita mudah mengalah..hayati lagu ni..enjoy..nak mati pn sora ko bkn men gempak lg...
"Inside my heart is breaking..My make-up may be flaking..But my smile still stays on..."
pandai-pandai la anda semua menintepretasi lagu ni....
Friday, April 30, 2010
trimas SK KOMPLEKS UDA..
Budak-budak HOKI
ENJOYYYYYY!!!
Assalamualaikum. 1 Februari - 30 April 2010..3 bulan..selesai sudah saya menjalani praktikal di SK Kompleks Uda. Nak ucapkan terima kasih kepada semua warga Kompleks Uda. Terutama Guru Besar, kak ros, cik mat, umi..guru pembimbing..Cikgu Hafizal dan Kak Faridah..pastu yg len2..Enjoy(kata ganti diri utk Uzaini), Faidsal, hapis, cikgu saleh, cikgu rayzin, shahran, sharudin, man, jemet, ustaz samista, ustaz anuar, farah, kak jijah..semualah senang cer..yang saya tak sebut nama janganla berkecil hati pula..duk ada 2 3 puluh nma lagi..tak larat nak taip..saya, mazran dan midy begitu enjoy melaksanakan ibadah praktikal di sana..doakan kami bertiga ya..
Kepada murid-murid semua..saya mendoakan semoga anda semua sukses selalu..cikgu sayang anda semua..biasala kalau tertepuk skali skala..sayangkan anak murid tangan-tangankan..
'Kompleks Uda tetap di hati..Semoga semua diberkati Tuhan' -lagu sekolah
haaa..lagu ni suma cikgu-cikgu nyanyi..ehehe..enjoy!!!
Tuesday, April 6, 2010
Greetings...
Currently i've been listening to some local stuff... and all of a sudden there's one particular 6 piece metal melt got my attention for a while.. that band is called Massacre Conspiracy...
i seriously enjoy their stuff so far..
talent + fresh + rebel + vibrant
you might relate their music to certain international figures... but just wait until u watch them perform live.. i've been to their performance several times, and it absolutely impressed me....
keep up the good work guys...
ps: congratz for the Soundstage thing...
somehow or rather our scene now has been affected by the disease.. 2 major disease... that the whole world known that these so called unheal disease is the main benefactor of the fall...
drugs and alcohol...
i have to admit that these two disease has been in our scene for a while... as we can see that most of the earlier underground band (i still hesitate to use the word INDIE) showed a great involvement with these shits.... there were once... gig in jb.. where this so called underground band... seems like have no shits in promoting the beer that he consume in front of the stage... erkk.. oh yeah, he's muslim....
i won't discriminate any bands because of their attitude towards these two shits... but i really feels that this two disease will not bring any goods to the scene...
respect others who don't drink and snort...
i just wana enjoy the pureness of the music...
Sunday, April 4, 2010
din
Din Beramboi
(1966-2010)
"alam telah meyakinkan, kau mesti pergi..kau mesti"
al fatihah buat din dan ustaz asri..
Saturday, March 27, 2010
too phat - clap to this
Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.
p/s : saya ada kawan muka cam joe flizzow. nama dia amirul hadi..huhu..rumet saya di uitm dulu..hehehehe..rujuk gambarajah atas skali..
Sunday, March 21, 2010
Just A Friend
assalamualaikum..aii semua..erm teringat masa sekolah dulu..ada satu era dilanda hip hop..sana sini pn hip hop..jalan-jalan ipoh nampak golongan budak-budak sebaya aku masa tu jalan pakai sweater tengahari rembang..haha..tapi nk wat mcm mana..cakap skit yo!nak ade ritma..hehe..masa ni sapa tak kenal too phat kan?huhu..ni antara satu lagu too phat..aku ske lagu neh..hikhik..kawan saya paling hip hop masa tu sapa lagi lau bukan munir..haha..jgn mara aaa munir..
Nak donlod MP3 dia korang bleh masuk http://www.mp3ify.com/. Amek link video, paste kat situ..terus leh donlod jd MP3.
p/s : aku tak minat..erm nak kata tak suka kasar sgt..erm aku tak minat VE..tp dalam lagu ni aku ske..haha..
Subscribe to:
Posts (Atom)